Nilai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas ketamin seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM15.6 juta pada 21 November lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menyita lima tong berwarna biru ditinggalkan di penghujung jalan di kawasan perumahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 3.50 petang.
"Berdasarkan jumlah berat dadah diperolehi, dianggarkan seramai 1.3 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.
"JKDM sedang mengesan dua lelaki tempatan iaitu suspek utama kes tersebut T. Thangarajh berusia 30 tahun dan S.Selvaraj berusia 36 tahun," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya
|