CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13203|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bunuh: Doktor dan 2 lelaki diarah bela diri, seorang dibebaskan

[Copy link]
Post time 2-12-2023 07:13 AM | Show all posts |Read mode

MAHKAMAH Tinggi Seremban memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019. FOTO BERNAMA

Seremban: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan tiga lelaki termasuk seorang doktor untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga asing pada 2019.

Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu terhadap Dr Dharma Danny Ferns, 36; P Vengadesvaran, 35, (bekas penjual ikan) dan R S Sathya Deepan, 34, (bekas pengurus pemasaran) selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh bagi kesalahan membunuh.

"Oleh itu, ketiga-tiga tertuduh dipanggil untuk membela diri. Liabiliti kesemua tertuduh dibentukkan kerana niat bersama mereka menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang dibuktikan secara inferens daripada keterangan mengikut keadaan," katanya yang menetapkan 8 hingga 12 Januari 2024 untuk mereka membela diri.

Terdahulu, mahkamah melepaskan dan membebaskan seorang lagi tertuduh Mohd Hafiz Abdul Kadar, 37, bekas peniaga kantin, atas pertuduhan sama selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh A Angu berusia 30-an di kawasan kandang lembu berhampiran Jalan Dawn 1, Taman Dawn, di sini, antara 9 malam hingga 10.30 malam, pada 16 Mac 2019.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Seramai 29 saksi dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula akhir 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun dan Ala'uddin Baharom manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Jaya Prakash Rao, Paul Krishna Raja, Amy Chong dan Selvan Shanmurgam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.067355 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list