View: 9413|Reply: 0
|
Guardiola suka cara Postecoglou
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/gausdasdgojuy3ugss_1701491250.jpg)
Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou (kiri) dan pengendali Manchester City, Pep Guardiola. - Foto AGENSI
MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata Ange Postecoglou menjadikan bola sepak lebih baik.
Tottenham Hotspur kendalian Postecoglou akan bertandang ke Stadium Etihad bertemu City esok (awal pagi Isnin) dalam usaha merapatkan kembali jurang dengan pendahulu, Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris.
Juara bertahan, City kini di tangga kedua, satu mata di belakang Arsenal, dengan Spurs menghuni tangga kelima dan tiga mata di belakang lawannya itu.
Ia adalah cabaran paling sukar buat Postecoglou setakat ini dan Guardiola menjangkakan pertembungan berkenaan pasti menarik.
"Saya bertemunya hanya sekali dalam tiga atau empat aksi pra-musim lalu apabila kami bermain di Jepun menentang Yokohama.
"Ange adalah pengendalinya dan saya melihat beberapa rakamannya. Ia adalah perlawanan pra-musim kedua dan saya suka beberapa perkara dilakukannya," kata Guardiola.
City memenangi perlawanan berkenaan tetapi Guardiola berkata, ia membuatkannya berminat untuk mengikuti perkembangan Postecoglou yang kemudian berpindah ke Celtic sebelum menyertai Tottenham.
"Saya rasa dia menjadikan bola sepak lebih baik, orang seperti Ange. Saya adalah pengendali, tetapi ada ketika saya juga menjadi pemerhati dan saya menikmati cara mereka (Spurs) bermain, pendekatan mereka," katanya.
Dalam sidang akhbar lain, Postecoglou turut memuji Guardiola dan tidak sabar untuk bertemu pengendali City itu.
"Ia adalah pentas yang perlu anda sertai, mengukur keupayaan anda dengan yang terbaik," kata Postecoglou. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ka-cara-postecoglou |
|
|
|
|
|
|
| |
|