CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16935|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Pengakhiran' adik lebih baik daripada kita semua - Ibu

[Copy link]
Post time 2-12-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Izzaty bersama anak istimewanya Abeer Jannah. FOTO Eizairi Shamsudin

Nilai: "Saya cakap pada anak (sulung), adik memang dilahirkan seperti itu, Allah SWT hadirkan dia seperti itu. Dia dilahirkan dengan tumor di dalam otak kanan dan tulang belakangnya.

"Tiada apa yang mahu dimalukan (atau disedihkan) kerana pengakhiran adik adalah lebih baik daripada kita semua," kata ibu kepada dua cahaya mata, Nurul Izzaty Hassan.

Nurul Izzaty, 39, dan suami, Ahmad Ezhan Mohd Mokhtar, 45, mempunyai sepasang anak iaitu Ahmad Qayyim, 9, dan Abeer Jannah, berusia dua tahun lapan bulan.

Abeer Jannah atau mesra disapa Abeer adalah kanak-kanak penyakit jarang jumpa, Neurofibromatosis Type 1 dengan plexiform neurofibroma atau ketumbuhan pada otak kanan yang menekan saraf mata kanan dan tulang belakang sekali gus menyebabkan fizikalnya tidak seperti kanak-kanak seusia.



Nurul Izzaty berkata, anaknya didiagnosis penyakit itu pada hari kedua selepas dilahirkan sebelum pengesahan penyakit berkenaan dimaklumkan doktor ketika anak berusia 14 hari.

Menurutnya, keadaan itu bukan saja menyebabkan kelainan pada fizikal Abeer yang menyebabkan scoliosis yang serius sehingga menyebabkan tulang itu membengkok 89 darjah dan malah mata kanan kanak-kanak itu tidak boleh melihat.

"Alhamdulillah Abeer sihat tetapi sistem imunisasinya tidak begitu baik dan mudah dijangkiti. Abeer sudah melalui tiga pembedahan pada usia tiga bulan dan tujuh bulan untuk 'drain cyst' dalam otaknya serta memasang 'cyt peritonial shunt'.

"Pada usia dua tahun dia menjalani prosedur memasang PEG tiub untuk membantu pemakanannya kerana tumor itu turut menekan lelangit yang menyebabkan Abeer sukar mengunyah dengan sempurna," katanya menetap di Nilai Impian, di sini.



NURUL Izzaty dan suami, Ahmad Ezhan bersama Ahmad Qayyim dan anak istimewa mereka, Abeer Jannah. FOTO Eizairi Shamsudin

Katanya, anaknya masih belum pandai mengekspresi rasa sakit dengan jelas dan masih belum boleh bercakap dengan lancar, namun boleh bercakap beberapa perkataan mudah.

"Apabila Abeer menangis tidak berhenti dan kita sentuh atau urut belakang dia akan berasa lebih selesa. Apabila kita tanya kalau dia sakit, kadang-kadang dia angguk dan kadang tidak, Abeer belum pandai tunjuk rasa sakit yang jelas," katanya.

Menurut Nurul Izzaty, bukan mudah untuknya menerima keadaan itu, namun dia belajar untuk menjadi kuat dan positif selepas berdamai dengan takdir Allah SWT dengan sokongan daripada suami, keluarga dan rakannya.

Katanya, sebelum ini dia pernah melalui episod kemurungan dan mendapatkan bantuan terapi serta sokongan daripada Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia selama empat bulan bersama ibu bapa yang mempunyai anak penyakit jarang jumpa untuk membantunya terus positif.

"Saya tidak tahu apa penyelesaian kepada masalahnya dan tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok tetapi saya hanya bertawakal kepada Allah kerana kasih sayang-Nya pada anak melebihi kasih sayang saya sebagai ibunya," katanya.

Katanya, ketika ini juga kesedaran orang ramai terhadap penyakit jarang jumpa terutama membabitkan fizikal juga sangat baik dan tiada soalan pelik yang ditanya kepadanya atau secara terus menanyakan mengenai penyakit anaknya.

"Saya lebih selesa jika soalan pertama yang ditanya tidak terus mengenai keadaan dan penyakit anak tetapi apa pun saya akan menjawab soalan mereka dengan baik.

"Anak sulung saya pernah mengadu dia tidak selesa apabila ada kanak-kanak seusia (ketika berada di luar) memandang adiknya dan cakap 'eee, kenapa mata dia macam itu? Adik awak cacat ya? Muka dia peliknya?'.

"Anak juga cakap dia sakit hati apabila orang buat adiknya seperti itu. Saya akan terangkan kepada dia mengenai Abeer supaya dia faham," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pada-kita-semua-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.253977 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list