CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36782|Reply: 1

[Johor] Sultan Ibrahim terima ijazah kehormat PhD Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

[Copy link]
Post time 2-12-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode

Tunku Ismail menyampaikan ijazah kehormat Phd kepada ayahanda Sultan Ibrahim pada Majlis Pembukaan Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-23, di Parit Raja, hari ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


BATU PAHAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal sempena Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Ke-23 di Parit Raja, hari ini.

Anugerah itu disampaikan anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Canselor UTHM sebagai menghargai sumbangan dan kecemerlangan baginda dalam kepimpinan lestari kepada UTHM, bangsa Johor dan negara.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pula dimasyhurkan sebagai Pro Canselor UTHM yang baharu bersama Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani.

Untuk rekod, Sultan Ibrahim adalah Canselor UTHM sejak 2002 hingga awal tahun lalu.

Pada 3 Disember tahun lalu, Tunku Mahkota Johor dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu.

Tunku Ismail menyampaikan ijazah kehormat Phd kepada ayahanda Sultan Ibrahim pada Majlis Pembukaan Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-23, di Parit Raja, hari ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2023 05:25 PM | Show all posts

Sultan Ibrahim terima ijazah kehormat PhD Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



Sultan Ibrahim terima ijazah kehormat PhD Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


Turut hadir Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamad Khaled Nordin, Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Ruzairi Abdul Rahim.

Merentasi beberapa dekad, Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor dengan menunjukkan minat baginda yang mendalam terhadap pelbagai bidang, termasuk teknologi kejuruteraan mekanikal.

Bersempena ulang tahun UTHM ke-25, baginda memberikan sumbangan besar kepada universiti ini dengan menyokong pengembangan program inovatif antaranya Aeronautik, termasuk pernah menyumbang pesawat jenis "Lake Renegade LA-270" untuk kegunaan program itu.

Sultan Ibrahim pernah mencipta sejarah apabila menjadi sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari dan melakukan prosedur "turn table" bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan.

Ini melayakkan baginda memperoleh Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26 yang menyumbang kepada warisan kejuruteraan negara serta diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

Selain itu, baginda juga menyokong pengenalan program sarjana muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel, sejajar dengan perkembangan industri kereta api di Malaysia.

Ketika menjadi Canselor UTHM selama 20 tahun, baginda meletakkan nama universiti itu di persada antarabangsa melalui sokongan kewangan dan kerjasama dengan institusi pendidikan serta industri antarabangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.618829 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list