CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12524|Reply: 0

EPL: Amaran Klopp buat penyerang Liverpool

[Copy link]
Post time 3-12-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode

LIVERPOOL perlu berdepan lapan perlawanan dalam tempoh 24 hari menyebabkan mereka perlu menggalas tanggungjawab memastikan kemenangan bersama-sama. - AFP

LIVERPOOL – Semua penyerang Liverpool digesa untuk memikul tanggungjawab secara bersama bagi mengharungi cabaran getir sepanjang Disember dan ia bermula pada aksi dengan Fulham malam ini.

Pengurusnya, Jurgen Klopp merasakan aksi dengan Fulham adalah permulaan kepada kesukaran yang bakal The Reds hadapi terutamanya untuk bermain lapan perlawanan dalam tempoh 24 hari.

Walaupun dipalit isu kecederaan, Cody Gakpo yang menyumbangkan dua gol ketika tewaskan LASK Linz 4-0 kembali beri kegembiraan, malah Klopp turut melabel Darwin Nunez juga sedang berapa pada prestasi terbaik.

“Ini adalah tempoh paling sukar dalam bola sepak dunia, bukan untuk kami tetapi semua pasukan. Kami sudah pun kehilangan Diogo Jota dan sekarang kami perlu berkongsi minit permainan dengan semua pemain.

“Mereka perlu tampil aksi terbaik dan walaupun bukan untuk tempoh 90 minit, mereka tetap perlu kerah kudrat paling maksimum yang mungkin. Darwin juga sedang berada pada detik terbaik dan ia cukup penting buat kami.

“Kini Cody jaringkan dua gol, namun sekarang bukan soal dia saja. Pemain lain juga turut jaringkan gol tetapi itulah tugas mereka,” katanya.

Aksi terakhir Kumpulan E Liga Europa menentang Union Saint-Gilloise pastinya menjadi peluang buat Klopp untuk merehatkan beberapa pemain seniornya memandangkan The Reds sudah pun layak ke pusingan 16. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... enyerang-liverpool/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.598606 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list