CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8845|Reply: 0

[Johor] Kerajaan negeri buat rayuan hukuman setimpal pencemar Sungai Kim Kim

[Copy link]
Post time 3-12-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode


Iskandar Puteri : Kerajaan negeri akan membuat rayuan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung hukuman pesalah pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata rayuan itu bagi melihat semula hukuman denda yang dikenakan terhadap pesalah yang menjejaskan hampir 2,000 orang termasuk 947 menerima rawatan di hospital.

Katanya, dalam menjaga alam sekitar khasnya sungai, adalah wajar penguatkuasaan yang keras dilaksanakan.

"Mengulas isu denda yang dikenakan terhadap pelaku pencemaran Sungai Kim Kim. Kerajaan akan membuat rayuan kepada DPP untuk melihat semula.

"Sama ada dari segi denda yang dikenakan, dengan apa yang kerajaan belanja dan apa kesan kepada masyarakat sekitar adakah berbaloi atau tidak berbaloi.

"Dalam kita menjaga alam sekitar khas sungai untuk generasi akan datang sepatutnya penguatkuasan yang keras dilaksanakan kerajaan," katanya ketika ditemui dalam sidang media di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Pada 30 November lalu, seorang pemandu lori dilaporkan didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran membabitkan pelupusan haram buangan terjadual di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor pada 2019.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan memaklumkan N Maridass didapati melepaskan enap cemar berminyak seperti yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ke sungai itu.

JAS memaklumkan syarikat P Tech Resources Sdn Bhd, yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, juga didenda RM40,000 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan denda RM320,000.

Menurut Mohd Jafni yang juga Pengerusi Bersama Taskforce Sungai Johor berkata, Sungai Kim Kim antara 14 sungai tercemar di Johor.

Namun, dengan langkah-langkah pembersihan dan pemuliharaan, Sungai Kim Kim kini berada di kategori tiga.

Pada Mac 2019, insiden pencemaran Sungai Kim Kim itu telah menjejaskan kesihatan seramai lebih 2,000 orang awam dengan sembilan daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail.

Insiden itu juga menyebabkan 111 buah sekolah di Pasir Gudang terpaksa ditutup.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.054131 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list