CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3841|Reply: 0

[Kedah] Pengarah syarikat ditahan kes penipuan pelaburan RM11 juta

[Copy link]
Post time 5-12-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah syarikat ditahan kes penipuan pelaburan RM11 juta


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 5, 2023 @ 12:14pm  bhnews@bh.com.my




Seorang pengarah syarikat ditahan polis untuk membantu siasatan membabitkan kes penipuan pelaburan berjumlah lebih RM11 juta. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI





ALOR SETAR: Seorang pengarah syarikat ditahan petang semalam, bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan berjumlah lebih RM11 juta sejak beberapa tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali, berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, kira-kira jam 4.30 petang.

"Individu itu adalah pengarah sebuah syarikat pelaburan yang dikatakan memiliki sembilan cawangan antaranya di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

"Siasatan awal mendapati, modus operandi syarikat itu adalah melalui pelaburan berasaskan pembangunan hartanah serta aset dan pengurusan liabiliti dengan mereka mendakwa memiliki 10 projek yang dijalankan syarikat terbabit.

"Bagaimanapun, semakan mendapati syarikat itu tidak memiliki sebarang kebenaran atau kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat pelaburan di negeri ini kerana disyaki memperdaya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM11 juta.

Semua mangsa skim pelaburan itu mengadakan pertemuan tertutup bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, baru-baru ini.

Medi sebelum ini melaporkan, seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera terhadap sebuah syarikat pelaburan yang sebelum ini berpangkalan di Kedah kerana memperdaya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM11 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata semua mangsa yang kebanyakannya berasal dari Muar, Johor, Perlis dan Kedah sudah membuat laporan polis sejak Mac lalu hingga bulan ini, namun masih belum ada sebarang tindakan.

Seorang jurutera sebuah syarikat pembinaan di Kedah yang mahu dikenali sebagai Razak, 45, berkata dia terpaksa berputih mata selepas semua wang simpanannya dalam Sijil Simpanan Premium (SPP) dan Amanah Saham Bumitputera (ASB) lebih RM500,000 lenyap sekelip mata akibat terpedaya dengan syarikat itu.

Razak mendakwa dia pada mulanya diyakinkan akan mendapat keuntungan berkali ganda dalam tempoh yang singkat jika melabur dengan syarikat terbabit yang menawarkan pulangan dividen sebanyak RM540 bagi satu lot pelaburan bernilai RM3,600.

"Selepas berkeyakinan, saya keluarkan semua simpanan ASB dan SPP dan tambah lagi jumlah pelaburan kepada 160 lot dengan oberfjumlah keseluruhan kira-kira RM546,000 pada Oktober 2020 sebelum syarikat itu menghentikan operasi," katanya yang mendakwa turut mengalami tekanan perasaan berikutan kes itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list