CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4571|Reply: 0

[Perak] Dua suspek aktif curi kad sistem TM diberkas

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:05 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Helah dua lelaki memperdaya polis dengan memakai baju berlogo Telekom Malaysia (TM) untuk mencuri kad sistem milik TM gagal apabila mereka yang sedang melakukan kegiatan itu, berhampiran stesen minyak di Slim River, dekat Tanjung Malim, semalam, diberkas.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, semasa anggota dari Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Slim River melakukan tugas rondaan cegah jenayah di sekitar pekan Slim River pada 11 pagi semalam, mereka ternampak kedua-dua suspek sedang membuka kabinet kad sistem.

"Apabila pihak polis cuba menghampiri, kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan Honda Accord yang didapati menggunakan plat pendaftaran palsu.

"Pihak polis terus bertindak mengejar kereta itu dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd Dom," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki suspek menemukan 21 unit kad sistem TM pelbagai jenis dan peralatan yang digunakan untuk mengumpil kabinet kad sistem TM serta merampas dua helai baju berlogo TM dan topi keselamatan yang dipakai kedua-dua suspek.

Mohd Hasni berkata, hasil soal siasat, kedua-dua suspek berumur 37 dan 42 tahun berasal dari Shah Alam dan Petaling Jaya.

Seorang daripada suspek pernah ditangkap sebelum ini di Klang dan dituduh di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada Ogos lepas.

"Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian kad sistem TM dalam daerah Muallim membabitkan kerugian RM350,530," katanya.

Mohd Hasni berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sistem-tm-diberkas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053810 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list