CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4599|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sembunyi daging, sosej babi belakang kenderaan

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

DAGING dan sosej babi yang disembunyikan di bahagian belakang kenderaan di Bukit Kayu Hitam, Kedah, semalam. FOTO Ihsan Maqis

Kuala Lumpur: Cubaan menyeludup daging dan sosej babi di laluan penumpang import di Bukit Kayu Hitam, Kedah, dengan menyembunyikan bahan mentah berkenaan bahagian belakang kenderaan, gagal, selepas taktik itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah Hisham Abu Bakar berkata, pembongkaran helah itu dilakukan menerusi kerjasama pihaknya dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 32 kilogram daging dan sosej babi disorokkan di bahagian belakang kenderaan bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Kesemua barangan itu kemudian dirampas untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.



"Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, penahanan itu bagi mengawal kemasukan produk babi untuk mencegah penyebaran demam babi Afrika (ASF).

"Tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan.

"Ia bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit selain mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -belakang-kenderaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.083830 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list