CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5391|Reply: 0

[Melaka] Mak Cik Kemboja, anak didakwa di mahkamah esok

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

MARIYAH YAAKOB (dua dari kanan) berbincang dengan peguam syarikat, Sharifuddin Liwan dalam sidang akhbar di Skudai, Johor Bahru.



MELAKA: Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd., Mariyah Yaakob, 49, yang mendakwa orang Melayu malas dalam satu video tular baru-baru ini, akan didakwa di mahkamah di sini, esok.

Turut dikatakan bakal dituduh ialah anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holdings Sdn. Bhd.

Terdahulu, polis telah merakam percakapan ahli perniagaan wanita warga Kemboja berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, wanita itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November 2023 dan siasatan dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Melaka.

Katanya, seramai lapan individu turut dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakam percakapan.

JSJ negeri telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Mariyah membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menyelesaikan isu itu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... a-di-mahkamah-esok/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038857 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list