CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5469|Reply: 0

[Perak] Lelaki di bawah pengaruh dadah bakar rumah sendiri

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah dipercayai akibat perbuatan khianat di Kampung Baru Jelapang, Ipoh semalam. UTUSAN/IHSAN JBPM




IPOH: Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan selepas disyaki membakar rumahnya sendiri di Kampung Baru Jelapang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kebakaran itu.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Berdasarkan soal siasat terhadap lelaki itu, suspek didapati tidak ingat kejadian tersebut kerana dipercayai masih berada di bawah pengaruh dadah.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya di sini.

Menurut beliau, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 10.30 pagi di mana siasatan oleh anggota di lokasi mendapati kebakaran tersebut bermula dari ruangan bilik tidur rumah suspek.

Katanya, suspek dipercayai dengan sengaja telah membakar wayar di atas lantai di bilik tidur sebelum api merebak ke bahagian tilam dan keseluruhan rumah.

“Difahamkan, ketika kejadian, suspek dilihat berdiri di hadapan rumahnya yang sedang terbakar tanpa berbuat apa-apa mahupun meminta sebarang pertolongan.

“Suspek yang dikatakan seorang penagih tegar itu juga sebelum ini didakwa sering membakar wayar dan kain di hadapan dan di dalam rumah di mana perbuatannya itu pernah ditegur oleh jiran.

“Kejadian kebakaran itu memusnahkan hampir 90 peratus rumah dengan anggaran kerugian dialami kira-kira RM80,000,” ujar beliau.

Tambah beliau, suspek yang mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes penyalahgunaan dadah dan jenayah itu mendiami rumah berkenaan bersama isterinya dan ketika kejadian, wanita itu telah keluar bekerja.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret. Kertas siasatan akan dilengkapkan segera untuk dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... akar-rumah-sendiri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.264203 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list