View: 8422|Reply: 0
|
[Selangor]
Novel lucah dijual di pesta buku, penganjur beri amaran
[Copy link]
|
|
Pempamer diharap lebih bertanggung jawab dan memastikan mereka mematuhi garis panduan yang disediakan.
SHAH ALAM: Penganjur Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 (SIBF) sudah mengeluarkan amaran dan peringatan tegas kepada penerbit yang menjual novel lucah di acara itu.
Pengarahnya, Zafrullah Aris, berkata beliau maklum dengan aduan awam mengenai penjualan novel berunsur lucah dalam SIBF kali ini termasuk kandungan mengenai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan ekstrem.
Katanya, susulan amaran itu jika hal berkenaan masih berlaku pihaknya tidak teragak-agak menarik semula buku yang dijual pempamer.
"Kita berpendirian tegas dan sudah pun mengeluarkan garis panduan.
"Jadi kita mohon kandungan yang tidak sesuai untuk dibaca oleh masyarakat umum, jangan dijual," katanya kepada BH.
Katanya, SIBF yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tidak hanya berlandaskan keuntungan semata-mata tetapi juga bertujuan untuk mendidik.
Justeru katanya, pempamer diharap lebih bertanggung jawab dan memastikan mereka mematuhi garis panduan yang disediakan.
Sebelum ini SIBF yang berlangsung sejak 1 Disember lalu dihambat kontroversi apabila terdapat reruai yang menjual beberapa novel berunsur lucah.
Malah, pada tiga hari pertama pembukaan SIBF, reruai berkenaan diserbu ratusan peminat yang beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan novelis berkenaan.
Sementara itu tinjauan BH mendapati reruai yang menjual naskhah lucah berkenaan masih beroperasi tetapi novel berkenaan sudah tidak lagi dijual.
SIBF yang bakal tamat pada 10 Disember nanti dikunjungi rata-ratanya oleh murid sekolah rendah, menengah selain mahasiswa.
https://www.bharian.com.my/berit ... nganjur-beri-amaran |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|