CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6586|Reply: 0

Aniq lebur rekod di Qatar

[Copy link]
Post time 7-12-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

ANIQ perbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri.

Kuala Lumpur: Kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan dalam Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Qatar semalam, meniup semangat atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan mengorak langkah lebih jauh bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mohamad Aniq yang beraksi dalam Kumpulan C kategori 61 kilogram (kg), menampilkan prestasi terbaik apabila melakukan angkatan 126kg dalam 'snatch' sebelum mengukuhkan kedudukan menyempurnakan angkatan 170kg bagi 'clean and jerk' sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Lebih manis, ia rekod baharu mengatasi rekod kebangsaan 291kg miliknya sendiri, semasa memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lepas.

"Di pihak PABM (Persekutuan Angkat Berat Malaysia), kita sangat berbangga dengan pencapaian agresif ini. Kita sedang memburu slot kelayakan ke Sukan Olimpik, jadi catatan 296kg itu mengukuhkan lagi kedudukan beliau.



"Kita harap sebelum berakhir kelayakan Sukan Olimpik pada April, Aniq dapat terus konsisten," kata Naib Presiden PABM Amirul Hamizan Ibrahim ketika dihubungi.

Kejohanan disertai atlet berusia 21 tahun itu, merupakan platform meraih kutipan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris.

Pada masa ini, Mohamad Aniq menghuni ranking ke-10 dunia dan penyertaan pada Sukan Olimpik dihadkan kepada 10 atlet terbaik dunia sahaja.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebur-rekod-di-qatar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060681 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list