View: 6508|Reply: 0
|
[Johor]
Fazley luah rasa rindu mahu ke sekolah
[Copy link]
|
|
Masliyani menunjukkan keadaan anaknya, Muhammad Fazley yang menghidap jantung berlubang ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong, Pontian baru-baru ini.
PONTIAN – Seorang pesakit jantung berlubang meluahkan rasa rindu untuk kembali ke sekolah dan bertemu dengan rakan-rakan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2025.
Muhammad Fazley Azman, 16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong di sini diberikan cuti sakit selama empat bulan selepas disahkan menghidap penyakit itu pada tahun 2019.
Pada tahun ini, remaja itu hanya ke sekolah sehari dalam seminggu kerana perlu berulang-alik ke hospital sebelum diberikan cuti sakit panjang pada Ogos lalu.
Sebelum ini, Muhammad Fazley merupakan pelajar yang cergas berubah sebaliknya selepas disahkan menghidap jantung berlubang.
Menurut ibunya, Masliyani Mustar, 47, selain menghidap jantung berlubang sebesar duit syiling 20 sen, anak lelakinya itu turut mengalami masalah tulang bengkok dan paru-paru tidak normal.
“Penyakit anak saya mula dikesan apabila dia mengalami demam, batuk dan selesema berpanjangan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan mendapatkan rawatan selama lapan hari.
“Pada awalnya, anak saya dikatakan mendapat jangkitan kuman, namun selepas pemeriksaan lanjut dibuat, dia disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.
“Selain itu paru-parunya tidak normal yang mana sebelah besar dan sebelah kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kayu Ara Pasong, di sini baru-baru ini
Masliyani memberitahu, sewaktu kali pertama menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), dia sekeluarga dikenakan bayaran RM15,000 yang mana sebahagian kos itu dibiayai Baitumal, manakala sebahagian lagi ditanggung sendiri.
Memandangkan paru-paru remaja itu tidak normal, IJN tidak dapat melakukan pembedahan bagi menampal bahagian berlubang kerana berisiko tinggi.
Jelas Masliyani, suaminya, Azman Ayub, 48, bekerja kilang di Tebrau dengan gaji RM2,500 sebulan. Wang gaji itu digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM700 sebulan dan perbelanjaan lain seperti susu formula Muhammad Fazley.
Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan ke akuan Bank Simpanan Nasional bernombor 0199541100731800 atau menghubungi Masliyani di talian 017-7265054.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ndu-mahu-ke-sekolah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|