CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4241|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lantikan pengawas peperiksaan kalangan orang awam terikat peraturan, SOP

[Copy link]
Post time 7-12-2023 03:07 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Pengawas peperiksaan yang dilantik dalam kalangan bukan pendidik terikat kepada peraturan, prosedur operasi standard (SOP) dan akta bagi menjamin integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata selain itu, pengawas peperiksaan itu juga akan dikawal selia pengawas peperiksaan berpengalaman dalam kalangan guru sepanjang peperiksaan berlangsung.

"Bagi menjamin integriti dan profesionalisme pula, mereka yang dilantik perlu menandatangani borang Akta Rahsia Rasmi 1972, borang perakuan bebas jenayah dan penyalahgunaan dadah serta borang perakuan kesihatan diri," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Kesavadas A Achyuthan Nair mengenai signifikan pengambilan pengawas peperiksaan daripada kalangan orang awam dan bagaimana mereka yang dilantik terjamin dari segi karektor, integriti dan profesionalisme.



Berhubung pelantikan pengawas peperiksaan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Lim berkata berdasarkan unjuran jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah seramai 137,000 orang.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 20 peratus lantikan disasarkan daripada mereka yang bukan kalangan guru atau warga pendidikan.

Lim berkata, bagi menjamin kredibiliti dan integriti peperiksaan, lantikan pengawas peperiksaan dalam kalangan orang awam itu tidak akan membabitkan jawatan Ketua Pengawas Peperiksaan dan Ketua Pengawas Ujian Amali, Timbalan Ketua Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan dan Timbalan Penyelia Kawasan sebaliknya ia kekal dipilih dalam kumpulan guru atau pegawai pendidikan yang masih berkhidmat.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan buat pertama kali membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM kepada orang awam dan tawaran julung kali dilaksanakan itu adalah untuk SPM 2023 yang bermula 5 Disember lalu.

Peperiksaan SPM akan berlangsung hingga 7 Mac 2024.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rikat-peraturan-sop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.131602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list