CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4941|Reply: 0

[Kedah] KKM siasat dakwaan kematian pesakit tidak terima rawatan tepat

[Copy link]
Post time 9-12-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
KKM siasat dakwaan kematian pesakit tidak terima rawatan tepat

09 Disember 2023   10:53am







KKM siasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di HSAH, Sungai Petani.



ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan berhubung kematian seorang pesakit lelaki yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani seperti yang ditularkan di media sosial, Khamis lalu.

HSAH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak pengurusan hospital telah memulakan siasatan berhubung kejadian pada Khamis dan memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus, mengikut prosedur yang telah ditetapkan.



"KKM mengambil maklum sebaran tular di media sosial pada Khamis lalu, berkenaan seorang pesakit yang dikatakan tidak mendapat rawatan yang tepat di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAH, sehingga menyebabkan pesakit meninggal dunia.

"Perkara ini dianggap serius dan siasatan akan dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut, benar ataupun tidak. Hasil siasatan hanya akan dimaklumkan kepada waris pesakit bagi mengawal kerahsiaan maklumat,” katanya.



Dalam kenyataan itu, HSAH turut memaklumkan pihak KKM juga tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapat rawatan di fasiliti itu.

"KKM ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan amat kesal dengan kejadian berkenaan. Menjadi keutamaan KKM untuk sentiasa memastikan keselamatan pesakit dan perkhidmatan pelanggan diberikan mengikut standard yang ditetapkan, tanpa mengabaikan hak pelanggan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran bertajuk ‘sakit jantung tapi bagi ubat gastrik, 5 jam kemudian beliau meninggal dunia!!’, di mana dikatakan seorang pesakit berusia 51 tahun telah dibawa ke hospital berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah malam setelah mengalami sesak nafas dan sakit dada.

Menurut hantaran itu, penolong pegawai perubatan hospital berkenaan yang melakukan pemeriksaan di wad kecemasan, didakwa memaklumkan pesakit tersebut mengalami gastrik dan diminta menunggu giliran untuk pemeriksaan lanjut, bagaimanapun sehingga pjam 4.30 pagi, pesakit itu masih tidak dirawat.


Pada jam 6 pagi, keadaan pesakit tersebut dikatakan tenat dan telah dibawa ke Zon Merah wad kecemasan itu, sebelum meninggal dunia pada jam 6.31 pagi. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.227110 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list