View: 28806|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ramai serbu jualan runtuh Mega Madani
[Copy link]
|
|
ANTARA pengunjung yang hadir pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Asyraf Hamzah
Kuala Lumpur: Bukan janji kosong apabila rata-rata barangan keperluan harian ditawarkan dalam Jualan Mega Madani lebih rendah dari harga pasaran.
Tinjauan Harian Metro tadi mendapati pengurangan harga 10 hingga 30 peratus jauh lebih rendah tanpa kompromi dengan kualiti barangan ditawarkan.
Seorang pengunjung Norhafizi Rahim, 35, berkata, dia 'ralat' tidak membawa kenderaan sendiri kerana tidak dapat membeli barang keperluan dalam jumlah banyak.
"Memang teruja dan rasa hendak 'memborong' barangan harian kerana harganya jauh lebih rendah berbanding pembelian di pasar raya atau di luar.
"Saya dan isteri, Noru Ismawati Yusoff memang cukup gembira dengan tawaran harga diberikan dan kami dalam penjimatan perbelanjaan harian.
"Lebih baik di sini pembeli boleh membeli barangan tanpa sebarang catuan dan mereka memiliki keluarga besar boleh berjimat," katanya.
Tambah Norhafizi, antara barangan keperluan boleh didapati dengan mudah ialah minyak, beras, telur dan barangan basah.
"Sasaran saya ialah barang kering dan harga minyak RM22 untuk lima kilogram berbanding biasa dijual RM28.
"Saya memang akan kongsi jualan mega harini dengan keluarga, rakan dan jiran,"katanya.
Jualan Mega Madani berlangsung selama tiga hari sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, juga menjadi pusat sehenti untuk mendapat keperluan harian.
Pengunjung dari Puchong, Mei Li Zhi, 55, berkata, dia tidak menjangka terdapat juga jualan barangan basah.
"Saya memang sudah rancang untuk datang dan beli barang keperluan harian sebab sekarang cukup susah untuk dapatkan bekalan di luar.
"Lebih menggembirakan jualan mega ada barangan basah seperti ikan, daging dan ayam. Harga juga berpatutan dan kualiti juga baik.
"Kalau boleh kerajaan Madani buat jualan seperti ini lebih kerap dalam membantu meringankan beban rakyat," katanya.
Penolong Pegawai tadbir Bahagian Pembangun Kontrak Pemasaran Fama Mohd Rizan Mazalan berkata pihaknya menyediakan 20 ribu kit kombo madani untuk pengunjung jualan terbabit.
"Kombo madani terdiri daripada keperluan harian bernilai RM10 dan penjimatan RM5 jauh lebih murah.
"Kami berharap orang ramai boleh datang dan mendapatkan keperluan harian mereka sepanjang tiga hari ini," katanya.
Bagi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pula menawarkan kira-kira 150 kilogram hasil laut segar untuk pengunjung.
Selain jualan, tarikan lain sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, pameran dan banyak lagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -runtuh-mega-madani |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|