View: 11803|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Polis tahan pemandu lori, halang tugas anggota JPJ
[Copy link]
|
|
JEMPOL: Seorang pemandu lori bertindak biadab apabila cuba menghalang tugas anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menyita kenderaannya, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya telah menerima laporan insiden tersebut daripada seorang anggota JPJ berusia 40 tahun di Balai Polis Bahau kira-kira pukul 11.38 pagi.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa anggota JPJ itu sedang menjalankan tugas rondaan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan dan telah terserempak dengan lori suspek yang bercermin gelap di hadapan sebuah premis kediaman di taman perumahan kira-kira pukul 9.50 pagi.
“Semakan pada sistem Smart Mobile Enforcement Device (SMED) mendapati cukai jalan dan Puspakom lori tersebut tamat tempoh, serta tiada perlindungan insurans.
“Anggota JPJ kemudiannya telah mengarahkan lori tersebut berhenti dan mengeluarkan notis penahanan lori kerana cukai jalan tamat tempoh. Secara tiba-tiba, suspek datang menaiki kereta jenis Perodua Viva dan meletakkan kenderaannya di hadapan lori.
“Suspek telah marah dan meninggikan suara dengan bahasa yang kasar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Chang Hook berkata, suspek berusia 48 tahun telah ditangkap dan siasatan mendapati punca suspek bersikap demikian adalah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang telah mengeluarkan notis penahanan lorinya sebanyak dua kali pada tahun yang sama.
Bagaimanapun menurutnya, suspek tidak ditahan reman kerana mempunyai penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi serta suspek juga mengambil insulin.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk cadangan tuduh ke mahkamah,” katanya.-UTUSAN.
https://www.utusan.com.my/berita ... -tugas-anggota-jpj/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|