CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11050|Reply: 5

Gua Kota Gelanggi singkap pelbagai misteri

[Copy link]
Post time 15-12-2023 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Gua Kota Gelanggi singkap pelbagai misteri


JERANTUT: Gua Kota Gelanggi di sini, sering dikaitkan dengan pelbagai mitos, termasuk kononnya ia berasal dari sebuah kota yang dibina di kawasan itu sebelum disumpah Sang Kelembai sehingga menjadi batu.

Mengikut cerita lisan, Raja Mambang yang memerintah Lipis, dikatakan meminta bantuan Sang Kelembai memusnahkan Kota Gelanggi selepas anaknya terbunuh dalam pergaduhan dengan anak Raja Usul, pemerintah Bera kerana berebutkan puteri Raja Gelanggi.

Kemarahan Raja Mambang menyebabkannya mendapatkan bantuan Sang Kelembai untuk memusnahkan Kota Gelanggi yang bertukar menjadi batu dalam masa beberapa hari kerana sumpahan.

Namun, lebih penting daripada cerita itu, Kota Gelanggi menyimpan satu rahsia yang belum dapat dirungkai sehingga kini iaitu dipercayai adalah lokasi perkembangan Kesultanan Melayu selepas Kerajaan Melaka runtuh berikutan serangan Portugis.



Seorang pemandu pelancong alam semulajadi, Azmi Baharuddin, 35, mengambil inisiatif menjalankan kajian sejak tahun 2005 bagi mengesahkan fakta berkenaan, walaupun menyedari usaha itu agak sukar dicapai.

Azmi yang dikenali dalam kalangan pengunjung yang biasa ke Gua Kota Gelanggi, berkata dia melakukan kajian itu kerana minat dan mahu menyelongkar misteri gua dipercayai berusia 150 juta tahun itu yang diyakini menyimpan pelbagai kisah menarik untuk dikongsi masyarakat.

"Ada macam-macam cerita kita dengar. Dahulu ketika Pahang masih lagi dikenali sebagai Inderapura, dikatakan Kesultanan Melayu bermula di sini dan ada yang mengatakan Hang Tuah selalu singgah ke sini untuk mendalami ilmu persilatan ketika dalam perjalanan ke Kelantan.


TAMAN Warisan Gua Kota Gelanggi yang dipercayai berusia 150 juta tahun. - Foto Nazirul Roselan

"Ikut cerita yang saya peroleh, kesan-kesan kota (di gua) tidak nampak jelas sangat tetapi memang ada hubung kait dengan Kesultanan Melayu Melaka, namun cerita itu terputus.



"Ada juga dikatakan asal usul raja-raja dulu bermula di Gua Kota Gelanggi sebelum dipecahkan ke negeri lain," dakwanya ketika ditemui BH di Gua Kota Gelanggi di sini.

Azmi mendakwa, menempuh pengalaman unik ketika berusaha mengumpul maklumat termasuk bertemu dengan individu yang mendakwa boleh berkomunikasi dengan 'penghuni' asal gua berkenaan.



"Mudah sahaja mengenali pengunjung biasa yang datang untuk melawat atau mahu 'berkomunikasi' dengan orang dalam gua, biasanya mereka membawa barang tertentu seperti bunga, limau, buah-buahan atau kayu.



"Saya ambil kesempatan bertemu dengan mereka yang mendakwa mempunyai keistimewaan berkenaan dan mendengar banyak cerita lain yang tidak pernah didengar sambil mengetahui identiti makhluk yang berkomunikasi dengan alam ghaib.

"Saya difahamkan ada pengunjung yang datang berbual-bual dengan penghuni asal Gua Kota Gelanggi, ada nama Syed, Imam dan banyak lagi, dakwaan ini menunjukkan memang benar dahulunya ada kota atau kehidupan di gua ini sebelum ia dikatakan ghaib," katanya.


Azmi mendakwa menempuh pengalaman unik ketika mengumpul maklumat - Foto Nazirul Roselan


KAWASAN hutan di sekitar Taman Warisan Gua Kota Gelanggi diselenggara bagi memudahkan orang ramai datang ke situ. - Foto Nazirul Roselan

Azmi juga tidak pernah putus asa dalam menyiapkan kajian berkenaan dan pekerjaannya sebagai pemandu pelancong alam semula jadi serta penyelia bahagian rekreasi di FELDA Residence Tekam memberinya peluang berbuat demikian.

"Usaha ini memang sukar kalau semakin berlanjutan kerana orang lama yang boleh menceritakan kisah Gua Kota Gelanggi pun sudah tidak ada, saya perlu cari dan tunggu peluang kalau ada yang datang ke sini.

"Tetapi saya tidak pernah putus asa, kalau bukan sekarang bila lagi kita hendak siapkan untuk diketahui generasi masa hadapan," katanya.

Ikuti siri kedua misteri Gua Kota Gelanggi, esok.


GUA Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan pelbagai mitos, termasuk kononnya ia berasal dari sebuah kota yang dibina di kawasan itu sebelum disumpah Sang Kelembai sehingga menjadi batu. - Foto Nazirul Roselan
INFO

  • Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 30 kilometer dari Jerantut dan ia sering dikunjungi pelancong dalam dan luar negeri yang cintakan kedamaian serta keindahan alam semulajadi.
  • Asal usul nama Gelanggi berasal daripada perkataan Siam iaitu Klang Kio atau Gelang Gio.
  • Melihatkan struktur batu batannya, Gua Kota Gelanggi mungkin pernah menjadi perkampungan terutama kedudukannya berhampiran dengan sungai Gelanggi yang dipercayai menjadi jalan perhubungan masa lampau.
  • Dalam Gua Kota Gelanggi terdapat tujuh gua yang dahulunya kota iaitu Kota Tongkat, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Balai, Kota Rehut, Kota Jin dan Kota Kepayang yang membawa maksud negeri-negeri berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.
  • Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau dan Tok Gajah juga dikatakan berlindung dan bertapa dalam gua Kota Gelanggi.



Sumber:https://www.bharian.com.my/bhplu ... ap-pelbagai-misteri

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 11:05 AM | Show all posts
zaman IIUM dulu ade program pegi sini. siap solat subu jemaah lg dlm tu. cerita lbh 20 thn lps
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke katanya sume harta zmn kesultanan melayu melaka tersimpan di sini? Dan dengarnya kota gelanggi ada kaitan ng kesultanan johor riau jgk, kebenarannya? Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:37 PM | Show all posts
hari tu singgah jerantut gi la ke gua ni sekali nak masuk horror dgn semak samunnya mcm tadak org jaga..sayang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2024 12:35 PM | Show all posts
I last masuk sorang sorang 2019... seriously menarik tp abandoned
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 17-12-2023 06:34 PM
Betul ke katanya sume harta zmn kesultanan melayu melaka tersimpan di sini? Dan dengarnya kota gelan ...

kat hutan johor pun ada kota gelanggi. area sekitar kota ni pernah ada penampakan mawas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.380895 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list