Jakarta: Seorang lelaki bergelar bapa telah ditahan polis selepas disyaki memperkosa anak tirinya sehingga mangsa disahkan hamil.
Memetik laporan media Indonesia, mangsa yang berusia 13 tahun itu dipercayai hamil empat bulan selepas menjadi mangsa rogol suspek, 34. Difahamkan, kejadian tersebut terbongkar selepas ibu saudara mangsa mengetahui anak saudaranya itu lewat datang bulan.
Susulan daripada itu, wanita terbabit menyuruh mangsa membuat ujian kehamilan dan lebih mengejutkan apabila keputusan menunjukkan mangsa positif hamil 4 bulan.
Mangsa turut menceritakan kejadian yang berlaku dan susulan itu, ibu kandung mangsa telah tampil membuat laporan polis.
Si ibu akui sangat terkejut dan tidak sangka suami yang dikahwini selama 11 tahun itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Setiap hari mereka tidur bersama. Pada waktu malam dia tidak pernah bersama ibunya.
"Ibu berada di bilik belakang manakala anak dan bapa tiri berada di hadapan," katanya.
Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis sedang menyoal siasat beberapa saksi.
Sumber: Oh Bulan |