View: 24674|Reply: 0
|
[Johor]
Zon bas masuk BSI sesak tapi terkawal
[Copy link]
|
|
Keadaan terkini di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang kembali terkawal petang ini selepas mengalami kesesakan tengah hari tadi. FOTO IHSAN PEJABAT IMIGRESEN BSI
Johor Bahru: Aliran trafik zon bas masuk di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Tambak Johor kembali terkawal petang ini, selepas dilaporkan mengalami kesesakan tengah hari tadi.
Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI dalam muat naik di akaun Facebook berkata, ia susulan pembukaan lebih banyak kaunter di BSI menyebabkan aliran trafik kembali lancar dan terkawal.
Keadaan trafik terkini zon bas masuk di BSI Tambak Johor kembali terkawal jam 4.30 petang ini selepas mengalami kesesakan pada tengah hari tadi
"Untuk keselesaan pelawat lain, pengguna dipohon untuk tidak memotong barisan dan memberi laluan kepada yang lebih memerlukan, kesabaran anda amatlah dihargai," kata muat naik terbabit.
Aliran trafik di Tambak Johor dan Linkedua (Second Link), Iskandar Puteri dijangka mengalami kesesakan luar biasa terutamanya pada waktu puncak menjelang sambutan perayaan Krismas, esok.
Dijangkakan lebih 100,000 kenderaan melalui kedua-dua laluan itu sementara lebih 100,000 orang pengguna melalui Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri.
Bilangan kenderaan juga dilapor dijangka akan meningkat sehingga antara dua ke tiga kali ganda terutama waktu-waktu tertentu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sesak-tapi-terkawal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|