Segamat: Seorang lelaki maut di sengat tebuan ketika melakukan aktiviti sukan permotoran berhampiran Felda Tenang, Hutan Simpan Jalan Temayong, Labis di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis Muhamad Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.24 petang semalam.
Katanya, mangsa, Halmi Tahrin, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Labis.
"Mangsa diserang tebuan tanah ketika melakukan aktiviti sukan permotoran di sekitar hutan simpan berkenaan.
"Bomba mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, operasi yang diketuai Hairisyah Wahid dari BBP Labis bersama sepasukan tujuh anggota itu ditamatkan pada 6.34 petang.
Post time 25-12-2023 07:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Innalillah. Aku pernah kene sengat sekor dua tebuan tanah lebih 10 thn lepas. Dah la ade parut kat tempat kene sengat & kadang2 masih terasa bisa berdenyut kat tmpt kene sengat tu.
Post time 26-12-2023 11:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I paling trauma bees and wasps. Pernah kena stung dgn a bee and paper wasps. Bees pula dah a few times tried to buat sarang kat bumbung rumah. Org bees savior tu ckp letak kain celup dgn diesel letak kat tempat dia berkumpul tu nanti dia blah sendiri sebab bau diesel tu buat derang disorientated. Tapi kalau tebuan tanah ni lagi lah iols takut sebab tak nampak tau2 je kena sengat.
mmg sakit giler kena sengat tebuan tanah...20 tahun lepas kena sengat berguling kesakitan dibuatnya, tu belum part berdenyut2 n membengkak...sampai skang ada lg kesan...xboleh byg kalo kena sengat lbh dr sekor...mmg bole arwah dibuatnya
Post time 26-12-2023 10:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kitaserupaaa replied at 26-12-2023 09:18 PM
Yup. Once a while, terasa tmpt kene sengat tu berdenyut & mcm bisa sikit. Tak tau la apa yg trigge ...
Nak tanya.
Macam mana nak kenal sarang tebuan tanah?
Takut terlanggar ke, terpijak ke sarang dia....bila masuk kebun sebab tak tahu.
Tiba2 kena sengat.....ramai dh jadi aruah bila kena sengat tebuan ni. Nauzubillah
Aku pernah kena juga sekali kat tetek kiri. Dan2 tu lari gi klinik. It was >10 (?) years ago.
But later on ada beberapa kali aku rasa muscle spasm kat tempat tu sampai pernah aku jumpa doktor ingatkan sakit jantung. Now baru aku terfikir I wonder if it was it.