CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28143|Reply: 14

[Tempatan] Pencapai PAS-PN sebagai pembangkang sukar ditandingi

[Copy link]
Post time 29-12-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 9-2-2024 08:06 AM

SITI NUR ZAWANIDecember 29, 2023 10:18 am


Sepanjang satu tahun itu juga Perikatan Nasional (PN)-Pas merekodkan prestasi agak buruk apabila lima orang pemimpin mereka diheret ke mahkamah kerana memfitnah.

Pampasan fitnah yang perlu dibayar Pas jika dijumlahkan nilainya sehingga kini hampir RM400,000 tidak termasuk beberapa kes yang masih lagi berjalan.

Harapandaily menyenaraikan 6 kes paling panas membabitkan pimpinan Pas yang kalah dan kesnya masih lagi sedang dibicarakan sepanjang tahun ini.

1) 3 Mac 2023 – Anwar fail saman fitnah terhadap Awang Solahuddin kerana kenyataan fitnah


Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri di lobi Parlimen.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Awang membuat kenyataan sehingga diterbitkan di portal MalaysiaKini menerusi dua artikel bertajuk ‘MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ manakala dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk “Why no LCS charges, MP asks ‘more vindictive than Mahathir’ PM’. Tarikh perbicaraan saman fitnah itu telah ditukar daripada Julai 2026 kepada Januari 2025.

2) 3 April 2023 – Sanusi diarah bayar RM120,000 kepada Datuk Mahfuz Omar

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahkamah telah membenarkan permohonan Mahfuz menaikkan jumlah ganti rugi daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Mahfuz sebelum ini memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena, membenarkan pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

3) 29 Ogos 2023 – Ahmad Dusuki Abdul Rani kalah saman kerana memfitnah isu Tabung Haji

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki kalah saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tiga kali berturut-turut berhubung isu Tabung Haji.

Pertama, ketika memfailkan saman terhadap Mujahid di Mahkamah Sesyen Shah Alam, mahkamah telah menolak saman itu dengan Dusuki perlu membayar RM11,000.

Ahmad Dusuki yang tidak berpuas hati kemudiannya telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya juga ditolak dengan kos RM7,000.

Pada 29 Ogos, penceramah Pas itu menarik balik rayuan saman fitnah terhadap Mujahid di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan diarahkan membayar RM5,000 sebagai kos kepada Mujahid.

Keseluruhannya berjumlah RM23,000.

Begitupun pada September 6, Mujahid pula memfailkan saman fitnah berjumlah RM1 juta terhadap Ahmad Dusuki selepas beliau didapati berterusan mengeluarkan fitnah tentang TH biarpun perkara itu sudah terbukti tidak benar di mahkamah.

4) 6 September 2023 – Razman Zakaria kalah saman RM250,000 terhadap Lim Guan Eng

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 Nov 2017 yang mendakwa Lim menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.

5) 29 November 2023 – Siti Mastura disaman tiga pemimpin DAP

Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal November lalu.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Saman itu difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Tan Sri Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November lalu, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

6) 13 Disember 2023 – Anwar fail saman fitnah terhadap Sanusi

Anwar memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar mendakwa pada 13 November 2023, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah telah memberi ucapan mengenai kes liwat membabitkan Anwar.

Kenyataan fitnah daripada video itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk “Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena ‘pikiaq’.

Kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud Anwar mendapat pengampunan Diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Terbaru Mahkamah menetapkan pada 19 Februari 2024 melalui prosiding E-Review di hadapan pendaftar bagi status terkini pemfailan dokumen sebelum perbicaraan.







Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 24 Users voted

Count down: 20 Hours52 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 11:54 AM | Show all posts
Ini fitnah zaman internet senang kantoi. Entah berapa banyaklah ummah dah terminum kencing sejak seribu tahun yang lalu mana nak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen lucky bila dpt pembangkang lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 29-12-2023 12:03 PM
Gomen lucky bila dpt pembangkang lemah.

Pembangkang yg skrg lebih busy bangunkan negeri masing2 sebelum dilanda banjir ni
Kan ada bbrp mesyuarat dgn tuan penasihat ritu lepas dah dapat kuasa bagai
Lepastu dah banjir,sibuk dgn banjir pulok
Bilanya nak ada masa cipta formula atau cakap berdegar2 semedang mcm pembangkang sebelum ni?

Tengoklah forum ni dah penuh dgn thread2 cytro madanon yg penuh fitnah tanpa bukti ke atas puak2 pembangkang
Eh siapa yg kerajaan ni sebenarnya?
Lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-12-2023 05:12 PM

Lolss.baik buang je lah nama islam kat parti lobai tuh..parti isle nate apo kalo bab buat fitnah kalah parti kapir.ppfftttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 29-12-2023 12:03 PM
Gomen lucky bila dpt pembangkang lemah.

Pembangkang lucky sebab dpt pengundi bodoh, ramai pulak tu yg muda2.. gune modal ugama mmg untung
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2023 11:27 PM | Show all posts
Mintak diskaun kew?

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 01:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 02:05 PM | Show all posts
mulut cam jamban selayak nya kalah
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2024 08:45 AM | Show all posts
Pembangkang memang lemahlah. Isu-isu biasa spt kebajikan rakyat, harga barang, tax, peluang pekerjaan, halatuju ekonomi etc pun tak boleh handle. ... kebolehan pembangkang cuma tebuk atap. bayangkan cuma itu kebolehannya.. pembangkang sekarang ini setaraf sampah.

rakyat malaysia perlu pembangkang yang lebih kuat dari sekarang, skrng ini sangat tidak berguna...

cuba pembangkang ambik kj dan shahril tu jadi pembangkang dan beri mereka jawatan penting untuk menjadi pembangkang, mesti berjalan dan akan jadi kuat serangan pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 07:59 AM | Show all posts
Tahniahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 08:34 AM | Show all posts
awai tahun ni mapuzz awai2 dah kena


Sanusi menang saman fitnah isu Vellfire, Mahfuz diarah bayar ganti rugi RM250,000



https://www.kosmo.com.my/2024/01/31/sanusi-menang-saman-fitnah-isu-vellfire-mahfuz-diarah-bayar-ganti-rugi-rm250000/
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Monyet2 kat zoo pun lagi pandai jadi pembangkang. Pas PN jadi pembangang bolehlah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list