View: 17893|Reply: 17
|
[Tempatan]
'Saya tak ambil gaji sebab nak tunjuk bukan semua menteri curi duit' - PM
[Copy link]
|
|
bh.com.my
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Mac 14, 2025
Anwar berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing. - Foto NSTP/L Manimaran
BAGAN SERAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya menghayati semangat Ramadan dengan bermuhasabah, sekali gus tidak menggunakan kelebihan dan kedudukan untuk melakukan penyelewengan termasuk mencuri wang kerajaan.
Perdana Menteri turut mengulangi kenyataan, beliau tidak mengambil gaji biarpun berhak demi menunjukkan kepada rakyat bukan semua menteri menyeleweng wang kerajaan.
"Saya tak ambil gaji sebab apa? Saya nak tunjukkan bahawa bukan semua menteri curi duit... gaji itu hak, kalau orang ambil gaji itu haknya.
"Tetapi jangan curi, simpan di rumah-rumah lain.... tak boleh.... jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Kewangan, kerjanya nak kayakan diri. Tak boleh! Kalau tidak negeri ini rosak," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Alaudin, Selinsing, di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, Anwar berkata, tiada sebab untuk beliau bergaduh dan berdendam memandangkan sudah memegang jawatan Perdana Menteri.
"Tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari kena faham... ada orang kata ini pasal dendam, marah. Saya sudah (menjawat) Perdana Menteri, hendak bergaduh apa lagi?
"Saya Perdana Menteri. Tanggungjawab saya nak jaga duit rakyat ini supaya balik kepada rakyat," katanya.
"Saya fikir boleh beri RM100,000 untuk setiap kampung (melalui geran Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI)). Kerana kita ada upaya kalau kita tak curi dan sakau wang kerajaan.
"Ini semangat Ramadan untuk bentuk akhlak, nilai, disiplin, tak tipu sebagai mana kita berpuasa kalau kita tipu orang tak tahu namun Allah SWT tahu. Jadi madrasah Ramadan ertinya bentuk keyakinan dan kekuatan integriti, peribadi kita supaya betulkan nilai," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dia punya logik sasterawan sembang |
|
|
|
|
|
|
|
gaji tu hak seseorang yg bekerja
realiti mmg dia dia x ambik gaji
lain ler orang lain
gaji yg hak mmg ambik
yg bukan hak
disakau |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah chop dulu dia team baik
Pastu orang lain team jahat |
|
|
|
|
|
|
|
politaik mmg suke sembang |
|
|
|
|
|
|
|
Same ol same ol retorik.
Yang ni pelik, Suami dan isteri dan anak semua politcians, tapi bapak tak ambil gaji? How bapak earn a living and support anak bini?
Mesti lah tak heran setakat gaji 50k RM. Because bapak ada income lain kan kan? 
Sepatutnye take that gaji, then beri lah pada mereka yang memerlukan duit tu. We have ramai Asnaf and orphans dalam Malaysia ni.
Sembang sampai ke langit la planta lupark ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut gaji x ambik..
elaun dia x sebut..
dulu pencen TPM
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 15-3-2025 06:52 PM
sebut gaji x ambik..
elaun dia x sebut..
Aku dah pernah face to face talk with planta, dia first time jumpa aku terus nyanyi nyanyi nama aku. Sekali dia borak ko sampai terduduk. Dia ayat manis.
|
|
|
|
|
|
|
|
untonglah penah face to face

|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 15-3-2025 02:06 PM
gaji tu hak seseorang yg bekerja
realiti mmg dia dia x ambik gaji
Kawan baik..tersenyum sinis... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 15-3-2025 08:27 PM
Saiya jugak tada angkat gaji...la.
1.TAUKE kasi rumah...api,air TAUKE BAYAR.
2.TAUKE kasi makan free.
3.APA MAU..TAUKE MISTI KASI.
Yang Benar
BANGLA

begitula IBARAT cinta
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita marhaein kena kerja ada gaji utk keperluan hidup...
Dia x ambik gaji camne survive hidup seharian.. expenses isteri dan anak2 dan lain2? |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 15-3-2025 06:47 PM
Same ol same ol retorik.
Yang ni pelik, Suami dan isteri dan anak semua politcians, tapi bapak tak ...
Kann bg pd aku.. aku bg pd kucing jlnan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|