CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15006|Reply: 35

[Tempatan] Perlis saingan Hatyai, modal RM500 sudah memadai

[Copy link]
Post time 2-1-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-1-2024 02:01 PM

PADANG BESAR: Dengan hanya berbekalkan RM500 ke bawah, Perlis mampu menyaingi Hatyai, Thailand sebagai destinasi pelancongan berbaloi dengan tawaran pelbagai lokasi menarik sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025 yang sudah pun bermula sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Wan Badariah Wan Saad berkata Perlis tidak seharusnya dipandang 'sebelah mata' terutama dari segi tawaran destinasi pelancongan yang mendapat perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Jika di Hatyai, bajet RM1,000 itu sudah dikatakan cuku. Di Perlis bajet RM1,000 itu sudah cukup mewah, malah dengan hanya RM500 ke bawah pun, pelancong Perlis mampu mendapatkan suatu percutian yang sangat berbaloi serta menarik.

"Penginapan di Perlis ada di bawah RM200 ditambah pula pelbagai sajian makanannya yang murah serta tempat menarik di negeri ini hanya mengenakan caj yang cukup minimum. Pendek kata sambil bercuti, boleh juga berjimat.

"Malah jika hendak mencuba makanan Thailand juga banyak. Jadi Perlis ini 'tidak lekeh' berbanding Hatyai atau tempat percutian lain malah tidak perlu pun untuk tukar duit untuk berbelanja di negeri ini," katanya selepas menghadiri Program Sambutan Pelancong sempena TMP 2024-2025 di Santuari Ikan Air Tawar, Tasik Timah Tasoh, Beseri, semalam.

Katanya, kerajaan negeri optimis untuk mencapai sasaran 3.5 juta pelancong berkunjung ke Perlis pada tahun ini kerana ia dibuktikan dengan pertambahan pengunjung dari semasa ke semasa.

"Dalam tempoh dua minggu cuti persekolahan lalu juga, kita menganggarkan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar Perlis datang ke negeri ini untuk melancong.

"Dengan perkembangan ini juga tidak mustahil sasaran 3.5 juta yang mahu dicapai kita (kerajaan negeri) bagi tahun ini dan tahun hadapan sempena TMP mampu dicapai dengan lebih cepat dalam tahun ini sahaja," katanya.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis, Razali Saad mengingatkan peniaga dan pengusaha kedai makan di negeri itu tidak menjadikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 ini sebagai platform untuk menaikkan harga makan sewenang-wenangnya terutama di kawasan tumpuan makanan seperti di Kuala Perlis.

"Kita ada terima aduan berlakunya pencatutan harga terutama makanan di kawasan Kuala Perlis dan sudah pun diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri ini jadi sempena penganjuran TMP 2024-2025 ini kita tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya," katanya.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 10:10 AM | Show all posts

baik g thai
bosan laa mly
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 10:41 AM | Show all posts
tunjuk sikit hotel / resort kat perlis tu yg menandingi thailand hihihihi.


ni personal opinion aku, rasa belah semenanjung ni, nature panaromic view yg spectacular cuma kat belah2 perak & pahang ja pon. kalau pantai mmg belah east cost la. maap, negeri lain mediocre sgt view nya. not sure either tak di explore atau dah tarah semua jadi gondol view2 yg wow
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkn² xmcm siyam.
Lek utagha mkn mmg sedap aku dr peha kuyus sampai bgesel melecet dok sana tp once ko masuk siyam mkn air org belah telen tu mmg mcm kna mandrem.
Lolll
Tu lom senang hotel murah lg.
Xleh celen.
Sori
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 12:30 PM | Show all posts


Tak de happpy ending
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tak agak2. Bohong dapat pahala ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2024 12:40 PM | Show all posts
Saya udah pernah ke Perlis, tempatnya panas, sumpek dan kalau hujan anginnya udah kayak topan. Udah pernah menginap di Seri Malaysia di Kangar, nemanin suami lagi ada tugas jabatan. Soal makanan, bolak balik dikasi masakan Mamak, nasi briani, nasi kandar ndak cocok sama selera saya. Jadi stress saya di Perlis!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Next month aku cadang nak tour to Perlis. Kata nya pasar malam dia makanan mur²..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 02:16 PM | Show all posts
Perlis mmg cantik. dah pegi wang kelian, timah tasoh, tengok view hijauuuu. rasa saujana mata memandang. makan pun besttt maybe sebab dpt gerai yg best. ada selera2 siam sikit. daging bakar danok dia pun sedapp. klu nak pegi thailand tu singgah perlis insha allah berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:20 PM | Show all posts
Mana ada hotel cantik in Perlis?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:31 PM | Show all posts

perlis darul wahab B
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:31 PM | Show all posts
kita melancong bukan sbb nak makan je
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada urutan Perlis tak kat Perlis tu???
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by orkid_amani at 2-1-2024 11:07 PM
vanillaninja replied at 2-1-2024 02:20 PM
Mana ada hotel cantik in Perlis?


Brasmana kola perlis
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat timah tasoh tu ada resort. Menghala ke wang kelian pun ada small resort. Baru ni tau kat area gua kelam ni ada gua kelam 2. Sapa suka adventure boleh ler ke situ.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dari highlight kan tempat2 yg menarik kt perlis pegi sembang dekat perlis pun ada makanan siam! apa bodoh punya lobai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 03:20 PM | Show all posts
kecoh la berminggu2 psl melancong ke siam Bagai...eh lantak la..pilihan rakyat Malaysia nak melancong mana pun..sebab skrg udah trend..org Mlaysia ni melancong ikut trend..nti dia bosan, menyemak balik la lancung2 dlm Malaysia sini ha...buat masa ni, operator2 pelancongan Malaysia, tokeh2 kedai makan boleh buat persiapan dah utk sambung pelancong2 trend malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi tak dibuat berhala sebesar bald Eagle dilangkawi ,of mb peghlis #panglima,takkhen aku jejak kaki ke sana....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 2-1-2024 12:44 PM
Next month aku cadang nak tour to Perlis. Kata nya pasar malam dia makanan mur²..

Aku diberitahu kalo peghis ni...tour kalo tak 4-5 hari tak habis keluasannyer...apa betul keww?

Aku yg fail geography...

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:30 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.064125 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list