CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25621|Reply: 23

[Tempatan] Pendaftaran tersekat-sekat, PADU dikecam sistem tak berapa nak padu

[Copy link]
Post time 3-1-2024 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-1-2024 08:38 AM

Di sebalik kerisauan pelbagai pihak tentang jaminan keselamatan berhubung pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu), orang ramai dilaporkan mula giat membuat pendaftaran hingga laman sesawangnya sesak untuk diakses.

Berdasarkan pemerhatian Bernama di media sosial, rata-rata warganet menyambut baik inisiatif kerajaan melancarkan Padu hari ini dan berpendapat langkah itu mampu memberi manfaat serta membantu rakyat.

Namun begitu, terdapat rungutan diluahkan pengguna berhubung kegagalan untuk mengakses laman sesawang Padu berikutan aliran trafik tinggi dan tidak kurang juga ada yang menyatakan urusan pendaftaran mereka ‘tersangkut’ di bahagian mendapatkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) SMS.

Menerusi ciapan di aplikasi X, seorang pengguna TaufiqMNi (@TaufiqMNi) memberitahu: "Banyak kali tersangkut dipengesahan e-KYC, kod 100. Capaian akses tidak sah. #PADU".

Seorang lagi pengguna X, Ahmad Izzuddin Sapiee (@ahmadizz87) pula mencadangkan pihak yang mengemas kini sistem Padu agar menambah baik fungsi pengesahan berbilang (multiple verification) bagi memudahkan urusan pendaftaran akaun Padu untuk pengguna baharu seperti menambah kaedah verifikasi selain OTP SMS.

“Kod SMS OTP masuk lambat. Kelewatan yang agak lama dan tak sah dalam tempoh lima minit. Sistem Padu boleh ditambah baik dengan fungsi multiple user verification contoh macam nak login Gmail. Doakan fungsi multiple verification ini akan dimasukkan dalam kemas kini akan datang," katanya.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam satu ciapan di X memaklumkan isu berhubung OTP yang diterima setakat ini hanya melibatkan pengguna Celcom dan tidak melibatkan pengguna telco lain.

"Perkara ini sedang dikendalikan pasukan Padu dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya menambah pendaftaran hanya boleh dibuat di URL padu.gov.my.

Pelancaran Padu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Padu dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal Padu, serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.
- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2024 01:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:35 AM | Show all posts
cepat je aku buat tadi. Memula dapat error kod 100 bila guna Brave. Pakai chrome, terus okay. Verified pun cepat. Tak sampai 5 minit siap.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:04 AM | Show all posts
pebende padu nih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:12 AM | Show all posts
Edited by venom1 at 3-1-2024 10:19 AM

Dah buat. Tengah tunggu pengesahan. Selesai dah. Dah dapat perakuan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 3-1-2024 10:12 AM
Dah buat. Tengah tunggu pengesahan. Selesai dah. Dah dapat perakuan sekali.

Apa info yg dia minta...ada yg pelik2 tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 11:34 AM | Show all posts
Jana Abahcow Berpencirit tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:45 AM | Show all posts
kasi link uols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:16 PM | Show all posts
aku buat laju semlm
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:23 PM | Show all posts
nw111 replied at 3-1-2024 11:15 AM
Apa info yg dia minta...ada yg pelik2 tak?

Tak ada yang pelik. General info, keluarga, education, employment, commitment. lps tu verify guna IC dan swafoto.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:48 PM | Show all posts
apa mende ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:54 PM | Show all posts
semua pakat login mmg jem la..mcm org nak balik raya guna highway plus
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah isi.. benda general je.. income and commitment
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:22 PM | Show all posts
apo sistem 3 bln siap, then no update in the future?? security wise how?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau housemaker perlu isi ke dak??
tlg suap info, malas nak baca, tgk video tu pun malas
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:00 PM | Show all posts





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 08:02 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:03 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:05 PM | Show all posts





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:06 PM | Show all posts



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.178114 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list