CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13202|Reply: 8

Gaji Profesor Rendah Sangat, Pemegang PhD Terpaksa Jual Sayur Untuk Tampung Hidup

[Copy link]
Post time 3-1-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Seorang lelaki yang mempunyai empat ijazah sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kini terpaksa menjual sayur di Punjab bagi memenuhi keperluannya, lapor portal berita News18 semalam.


Dr. Sandeep Singh, pernah bergelar profesor kontrak di Universiti Punjabi, Patiala. Namun, dia terpaksa meninggalkan pekerjaannya kerana masalah gaji yang amat rendah.


Lelaki berusia 39 tahun itu juga pernah bekerja sebagai profesor kontrak di Jabatan Undang-undang Universiti Punjabi selama kira-kira 11 tahun.




Foto: News18




Dia juga mempunyai empat ijazah sarjana termasuk Punjabi, Kewartawanan dan Sains Politik.


Profesor yang kini menjual sayur-sayuran itu kini melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perpustakaan dan Sains Maklumat dari Universiti Lovely Professional.


“Pada Jun tahun lalu, saya berhenti mengajar kerana menjadi sukar bagi saya dan keluarga saya untuk bertahan dengan gaji (rendah).


“Saya masih mahu bekerja sebagai profesor tetapi keadaan tidak mengizinkan,” katanya kepada akhbar India Today.


Menurut Singh, dia akan terus belajar sepanjang hayatnya.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
39 dah ada semua tu?? Senang dapat kan kat sana?
Selayaknya lah jual sayo
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:29 PM | Show all posts
Aku search average gaji lecturer kat sana dalam Rs30,000 sebulan=RM1.6K. Memang rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai: Aku search average gaji lectur ...
Sikitnya.. mai depa kat sini gaji mengalahkan local
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Antifake replied at 3-1-2024 05:54 PM
Sikitnya.. mai depa kat sini gaji mengalahkan local

sini ada phd bwa foodpanda
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak nak sambung phd, baik jangan kasi. Better suruh pergi kerja, beli rumah beli kereta. Most yang study phd parents tanggung sampai tua. Jangan ler gigih benar nak tanggung anak sampai besar. Ada tu laki pulak yang tanggung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 3-1-2024 12:29 PM
Aku search average gaji lecturer kat sana dalam Rs30,000 sebulan=RM1.6K. Memang rendah.

Tapi cost of living sana mcm mana.. gaji gitu cukup ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 01:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 01:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.061406 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list