CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23092|Reply: 12

[Tempatan] Sanusi menakutkan pelabur

[Copy link]
Post time 8-1-2024 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-1-2024 07:47 AM

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah Mahfuz Omar berkata tindakan Sanusi Nor mencanang konon kerajaan perpaduan akan tumbang dalam tempoh terdekat boleh menakutkan pelabur yang mungkin merasakan situasi politik Malaysia tidak stabil.


Mahfuz berkata, ia bukan hanya akan merosakkan ekosistem ekonomi di luar Kedah malah turut menjejaskan ekonomi negeri itu.


Beliau turut menasihatkan menteri besar Kedah itu menonjolkan diri dengan watak sesuai dengan jawatannya dan tidak berlagak sebagai pemimpin politik kampung.


“Apabila beliau bertindak sedemikian, pelabur akan membuat penilaian dan mungkin merasakan situasi politik di Malaysia tidak stabil.


“Walhal ketika ini keadaannya cukup stabil dengan perdana menteri memiliki sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat.


“Justeru pemimpin PN (Perikatan Nasional) terutama Sanusi perlu lebih bijak tampil dengan watak sebagai menteri besar, bukan bersikap seolah-olah pemimpin politik kampung,” katanya menurut Utusan Malaysia.


Mahfuz mengulas kenyataan Sanusi sebelum itu, yang yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak boleh bertahan sehingga habis penggal dan mengetahui bila peralihan kuasa akan berlaku.


Mengulas lanjut, Mahfuz berkata tindakan itu juga dilihat tidak lebih daripada strategi kepimpinan PN untuk menakut-nakutkan Ahli Parlimen mereka daripada terus menyatakan sokongan kepada Anwar.


Katanya, ia jelas menunjukkan kegelisahan kepimpinan PN selain keresahan berdepan beberapa kes mahkamah.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/07/canang-kerajaan-tumbang-takutkan-pelabur-mahfuz-bidas-sanusi/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
KOBOI NGUNGSI sesat....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujung2 sabotage negeri sendiri... so sad!!!

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 08:12 AM | Show all posts
Dia tak ambik kira masa Reformasi yang sampai terbalik kereta polis. Tapi ye lah masa tu jadi pembangkang..sekarang dah jadi kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 08:40 AM | Show all posts
ekonomi lobai kedah
jual balak
jual REE
kutip derma
biaq pi banyak project tak jalan janji MB sempoi ( karaoke , main bola, takraw)
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
PN prefer politik & ekonomi malaysia xstabil nanti boleh justifikasi nak tebuk atap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2024 01:31 PM | Show all posts
Rakyat masih tercungap2 laut baru nak tenang ko kocak lagi. Apa punya jahat lah politaik ni.

What do they hope to achieve dengan mempromosikan kegilaan sendiri. Buat senyap2 ja tak boleh ka? We don't want to know.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:29 PM | Show all posts
pakcik baweang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 8-1-2024 10:36 PM

Nampak busuk..ada kutil di jari.

Sangat menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 09:42 AM | Show all posts
....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Issue israel - palestine... anwar cukup dapat experience di APEX san francisco lagi mahu keji lobai pas?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:16 AM | Show all posts
saya katakan bahawa ini ini ini.....................
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 09:57 PM | Show all posts
Ngok........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.284628 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list