|
Sungai di Johor melepasi paras bahaya pagi ini. FOTO BERNAMA
Johor Bahru: Enam sungai di Johor melepasi paras bahaya pagi ini, sekali gus meningkatkan kebimbangan banjir akan menjadi lebih buruk di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata enam sungai melepasi paras bahaya itu membabitkan empat di Kota Tinggi dan masing-masing satu di Kluang dan Kulai.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, ia membabitkan Sungai Johor di bandar Kota Tinggi yang naik mendadak melepasi paras bahaya ke 3.40 meter (m) berbanding paras bahaya, 2.60 m, manakala Sungai Kepala Orang di Kampung Sri Jaya, Kota Tinggi, melepasi paras bahaya ke 8.76 m.
"Dua lagi sungai di Kota Tinggi yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Johor di Kampung Rantau Panjang yang merekodkan bacaan 10.65 m, manakala Sungai Linggiu pula melepasi paras bahaya 31.40 m.
"Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang turut melepasi paras bahaya ke 15.90 m, manakala Sungai Siam di Kampung Siam, Kulai turut melepasi paras bahaya ke 20.95 m," katanya dalam kenyataan, pagi ini.
Dalam pada itu, Azmi berkata, dua sungai di Johor turut mencatatkan paras amaran, manakala sembilan lagi berada pada paras waspada.
Dua sungai berada paras amaran membabitkan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat yang merekodkan paras 5.75 m, manakala Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai merekodkan paras amaran 17.86 m.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|