View: 17015|Reply: 0
|
[Johor]
Nama pelik tapi harga mahal
[Copy link]
|
|
Talam menunjukkan ikan ketutu yang dijaringnya di sekitar Sungai Segamat. - Foto AHMAD ISMAIL
SEGAMAT: Di sebalik pelbagai gelaran sebagai ikan hantu atau ikan hodoh, namun harga ikan ketutu atau haruan ubi tidak seteruk seperti digambarkan .
Itulah panggilan popular bagi ikan ketutu atau marble goby yang mencecah harga antara RM90 hingga RM120 seekor bagi berat melebihisatu kilogram (kg) seekor atau antara RM80 hingga RM100 sekilogram.
Bagi golongan nelayan apabila ikan ketutu tersangkut pada jaring atau pukat, terperangkap dalam bubu atau terkena mata kail seolah menemui ketulan emas kecil.
Nelayan sungai, Talam Hamid, 58, ikan ketutu yang tersangkut pada jaring bukan setakat menceriakannya, malah menjadi buruan pengusaha restoran Cina yang sanggup menawarkan harga lebih tinggi.
Beliau berkata, rezeki memperoleh ikan ketutu mampu membawa hasil lumayan kepada keluarganya.
"Agak sukar untuk mendapat ikan ketutu sekarang berbanding 15 tahun lalu kerana ia semakin pupus akibat kurangnya pembenihan di sungai. Jika ia tersangkut pada jaring, kami sangat bersyukur dan tersenyum lebar.
"Jaring memerangkap ikan ini hanya boleh dipasang ketika arus sungai menjadi tenang sedikit berdasarkan perkiraannya juga petua sebaiknya hadap arah kiblat. Jika arus kuat, jaring tidak boleh dipasang kerana ia akan bergulung akibat dibawa arus dan dikhuatiri penuh sampah sarap," katanya ketika ditemui di Pangkalan Nelayan Kampung Seberang Batu Badak di Segamat, di sini, hari ini.
Talam berkata, dia akan memasang jaring di beberapa lokasi yang disifatkan mereka sebagai lubuk ikan di Sungai Segamat dan Sungai Muar di Segamat serta muara Sungai Buloh Kasap.
"Lazimnya mereka membiarkan jaring berkenaan semalaman sebelum menariknya keesokan hari. Selain ketutu, ikan yang lazim tersangkut pada jaring adalah ikan lampam, baung, lais dan anak baung," katanya,
Ikan ketutu atau nama saintifiknya 'Oxyeleotris marmorata' adalah antara ikan air tawar hidup di kawasan cetek berhampiran tebing sungai, tasik dan lombong yang semakin sukar diperoleh.
Talam berkata, isi ikan berkenaan lebih padat dan lembut begitu digemari masyarakat Cina kerana dikatakan mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi dan semput.
https://www.bharian.com.my/berit ... ik-tapi-harga-mahal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|