CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12323|Reply: 8

[Tempatan] Asyik 'memekak' di jalan raya, mat rempit dibawa solat Subuh berjemaah di masjid

[Copy link]
Post time 14-1-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-1-2024 03:37 AM

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh mengambil pendekatan berbeza apabila membawa ‘mat rempit’ yang ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, semalam menunaikan solat Subuh secara berjemaah.


Dalam satu kenyataan, IPD itu memaklumkan, dalam kejadian tersebut seramai 14 mat rempit ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik sebelum dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah.


Katanya, pemeriksaan sebelum itu dijalankan melibatkan 108 penunggang motosikal.


“Sebanyak 87 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain 14 motosikal disita dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.


“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut kenyataan itu, pendekatan ke arah kerohanian diterapkan kepada penunggang motosikal yang ditahan apabila kesemua mereka dibawa untuk solat Subuh berjemaah.


Kesemua mat rempit terbabit menunaikan solat Subuh diimamkan Pegawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh, Inspektor Che Hassan Ambok.


“Penerapan elemen kerohanian diterapkan kepada kesemua remaja ini bagi memberikan kesedaran dan pentingnya menghargai nyawa.


“Pihak polis sentiasa mengutamakan kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya,” ujarnya. - Malaysia Gazette



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pasnie melonjak bersih sikitlah imej pdrm sejak seminggu dua nie yg tercoreng arang berturut turut ,,,, Alhamdulillah encik insepektor mengimamkan subuh mat rempit
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:36 PM | Show all posts
tapi ni yang putih..... yang biru tu yang buat hal.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat pulak ko cari pelikat dik, ke ko willy pakai sarong?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 08:08 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 15-1-2024 06:02 AM
Sempat pulak ko cari pelikat dik, ke ko willy pakai sarong?

kadang-kadang memang ada orang yang sediakan sarung di surau...

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas solat tu, bagi tazkirah sekali.

Ohh ya, kalau buleh test sorang2 baca doa qunut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 10:29 AM | Show all posts
plywood replied at 15-1-2024 08:08 AM
kadang-kadang memang ada orang yang sediakan sarung di surau...

hahah ni mesti gi merempit pakai seluar pendek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:32 AM | Show all posts
bagusla, insofff skejap
ni mesti dek penangan Alif satar dgn #subuhberjemaahmacamjumaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah camgini pulis mendidik budak2 moto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:03 AM GMT+8 , Processed in 1.142084 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list