CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10858|Reply: 20

[Tempatan] “Akta Hasutan Masih Wujud Dan Kita Terkejut Ia Masih Digunakan", Ambiga Kecewa - Pembaharuan Lemah, Tidak Ada Baik Pulih Jelas

[Copy link]
Post time 15-1-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode




Bekas pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Ambiga Sreenevasan kecewa dengan tindakan pembaharuan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Baginya, ia amat perlahan malah dilihat hanya memfokuskan isu memerangi rasuah.


“Walaupun saya percaya me­reka (kerajaan) harus diberi sedikit masa lagi untuk beberapa pembaharuan, saya tidak mendengar ada rancangan sebenar untuk pembaharuan bergerak ke hadapan.


“Sebaliknya banyak cakap mengenai menangani rasuah tetapi kita tidak melihat sebarang baik pulih yang jelas,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia.


Ambiga berkata, beberapa isu lain juga penting perlu menjadi keutamaan dan perhatian termasuk hal berkaitan dengan hak asasi seperti kebebasan bersuara.


“Akta Hasutan masih wujud dan kita terkejut ia masih digunakan. Begitu juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya lagi.


Walaupun beberapa pihak menyatakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai bermasalah dan sering digunakan untuk tujuan politik, namun bagi Ambiga, yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, tiada sebarang perubahan yang dibuat mengenai perkara itu.


Sebelum ini, kerajaan pada 2019 melalui Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menjelaskan yang pihaknya sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.


Mengulas lanjut, Ambiga turut berkata, antara isu lain yang turut tidak menjadi perhatian kerajaan pada hari ini ialah rombakan terhadap institusi badan SPRM seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.


“Kita tidak melihat sebarang rombakan bermakna terhadap badan SPRM itu sendiri mahupun berkaitan dengan akauntabiliti jika institusi tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen,” kataya.


Mengikut manifesto PH, semua pelantikan pesuruhjaya SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman yang sedang dilaksanakan mengikut budi bicara Perdana Menteri, perlu diluluskan Parlimen.


SPR juga akan diletakkan di bawah kuasa parlimen sementara SPRM akan dinaik taraf kepada suruhanjaya penuh yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.


Begitu juga, SPRM juga akan bertanggungjawab kepada Parlimen.


Portal itu turut memetik Ambiga sebagai berkata, antara isu lain yang turut ‘mengecewakan’ adalah memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.


Justeru, beliau merancang untuk mendedahkan perkara ini kepada umum sebagai agenda reformasi yang perlu dibuat perubahan.










Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Shut up.....benci tgk dia  ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:34 AM | Show all posts

Ambiga kecewa kecewa dengan tindakan pembaharuan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan PMX Anwar Ibrahim - Pembaharuan lemah, tidak ada baik pulih jelas

Ambiga kecewa - Pembaharuan lemah, tidak ada baik pulih jelas

https://www.malaysiakini.com/news/693156

Diterbitkan:  Jan 15, 2024 8:51 AM⋅
Dikemaskini: 8:51 AM



Bekas pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Ambiga Sreenevasan kecewa dengan tindakan pembaharuan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Baginya, ia amat perlahan malah dilihat hanya memfokuskan isu memerangi rasuah.


Ambiga Sreenevasan

“Walaupun saya percaya me­reka (kerajaan) harus diberi sedikit masa lagi untuk beberapa pembaharuan, saya tidak mendengar ada rancangan sebenar untuk pembaharuan bergerak ke hadapan.

“Sebaliknya banyak cakap mengenai menangani rasuah tetapi kita tidak melihat sebarang baik pulih yang jelas,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Ambiga berkata, beberapa isu lain juga penting perlu menjadi keutamaan dan perhatian termasuk hal berkaitan dengan hak asasi seperti kebebasan bersuara.

“Akta Hasutan masih wujud dan kita terkejut ia masih digunakan. Begitu juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya lagi.

Walaupun beberapa pihak menyatakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai bermasalah dan sering digunakan untuk tujuan politik, namun bagi Ambiga, yang juga adalah bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, tiada sebarang perubahan yang dibuat mengenai perkara itu.


Gambar Hiasan - Menteri Komunikasi dan timbalannya (kanan)

Sebelum ini, kerajaan pada 2019 melalui Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menjelaskan yang pihaknya sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

Mengulas lanjut, Ambiga turut berkata, antara isu lain yang turut tidak menjadi perhatian kerajaan pada hari ini ialah rombakan terhadap institusi badan SPRM seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kita tidak melihat sebarang rombakan bermakna terhadap badan SPRM itu sendiri mahupun berkaitan dengan akauntabiliti jika institusi tersebut perlu diletakkan di bawah Parlimen,” kataya.



Mengikut manifesto PH, semua pelantikan pesuruhjaya SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman yang sedang dilaksanakan mengikut budi bicara Perdana Menteri, perlu diluluskan Parlimen.

SPR juga akan diletakkan di bawah kuasa parlimen sementara SPRM akan dinaik taraf kepada suruhanjaya penuh yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga, SPRM juga akan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Portal itu turut memetik Ambiga sebagai berkata, antara isu lain yang turut ‘mengecewakan’ adalah memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Justeru, beliau merancang untuk mendedahkan perkara ini kepada umum sebagai agenda reformasi yang perlu dibuat perubahan.


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 10:59 AM | Show all posts
Mestilah perlu ada....nak kontrol si sial & lahanat macam kau & lain-lain yang rasis & main-mainkan agama.... kalau takde makin sial lahanat la mulut spesis kau pecah  belahkan masyarakat... elok2 orang semua relax2 je takde rasis... masuk puak kau semua benda nak claim... sial!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajak la mat sabu guling atas jalan balik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 12:20 PM | Show all posts
PMX sebenarnya tersepit di tengah2. Di satu pihak mahukan reform yang menyeluruh, manakala di satu pihak yang lain sangat gigih mempertahankan status quo laksana talian hayat bagi mereka. Siapa kata senang jadi PM Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali bertanding lah jadi wakil rakyat. Asik menyalak kat luar jer. So kalau tak puas hati bila nak buat demo pakai baju kuning suruh orang guling2 atas jalanraya? Macam yg kau selalu buat masa zaman Najib dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-1-2024 12:20 PM
PMX sebenarnya tersepit di tengah2. Di satu pihak mahukan reform yang menyeluruh, manakala di satu p ...

Apa yg tersepit or terselit? Janji turun petrol dlm 24jam pun x tertunai.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambiga ni klau nuart bagi jwtn glc teruih senyap kot ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:14 PM | Show all posts
Bukan dulu ko ke orang no.1 sokong Anwar. Buat bersih la, kotor la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:22 PM | Show all posts
Firenzza replied at 15-1-2024 02:05 PM
Apa yg tersepit or terselit? Janji turun petrol dlm 24jam pun x tertunai.......

Ada benda yang popular tapi tak boleh nak buat sebab perlu duit.

Ada yang tak boleh buat sebab tak popular.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:45 PM | Show all posts
tak puas hati apa tu.mesti puak2 dia ada tuntutan yg pmx tak buat lagi.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ko ajak la mat sabu tu...terpekik terlolong,terjerit jerit sambil laung REFORMASI.. pastu..guling la atas jalan tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-1-2024 02:22 PM
Ada benda yang popular tapi tak boleh nak buat sebab perlu duit.

Ada yang tak boleh buat sebab ta ...

Tu la pasal betapa murahnya nilai pengorbanan rkyt pangkah dia, demi jwtn piem teruih kena kencing, bkn setakat minyak, ptptn, rega brg, nilai rm...byk lg la......next pru x tau la modal apa lg dia nk kincing
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 dijanjikan oleh bekas banduan peliwat tersohor bila dulu2 sama2 nonggeng2 jubur berdemontrasi baring2 atas jln2 raya kannnnn. Ujung2, basah kuyup disiram kencing hancing .
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayang botol kicappp je tu..puihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 09:45 AM | Show all posts
hahahahha akta tu menghalang dari diorg buat mcm2 claim hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.046265 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list