CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10291|Reply: 39

Pelanggan Nak Bayar RM60 Untuk Mekap Tapi Nak Look Bollywood!

[Copy link]
Post time 16-1-2024 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan wanita sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat jurusolek untuk menata rias wajah mereka sebelum menghadiri acara tertentu.


Namun seorang makeup artist (MUA) profesional, Julie Mochie dikejutkan dengan permintaan bakal pelanggan yang mahu mendapatkan khidmatnya dengan bayaran hanya RM60.




Foto: mStar




Tidak melatah dengan permintaan harga yang dianggap tidak masuk akal itu, Julie menerangkan kepada individu terbabit bahawa caj bagi solekan jamuan makan malam adalah sebanyak RM150.


Sungguhpun demikian, bakal pelanggan itu tidak berputus ada malah tetap cuba membuat tawar-menawar agar bersetuju dengan permintaannya.


"Saya nak yang simple je. Tak suka berat-berat mekapnya. Macam ni ya (tunjuk gambar).


"Kalau RM60 dapat tak? Simple je. Saya tak nak pakai lens (kanta lekap) dan bulu mata. Tak suka," rayu bakal pelanggan wanita itu kepada jurusolek.


Bagaimanapun setelah melihat kepada foto yang diberikan wanita itu sebagai rujukan, ia sudah cukup membuatkan Julie terkejut.


Jelas sekali, jenis solekan yang dijadikan rujukan itu sebenarnya rumit untuk dihasilkan dan langsung tidak sepadan dengan harga yang diminta.


Namun Julie yang menyediakan perkhidmatan solekan di sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menolak secara baik.


"Minta maaf ya sis. RM60 tak dapat macam ni. Macam ni tak simple sis," ujarnya membalas mesej pelanggan berkenaan.


Perkongsian Julie menarik perhatian netizen sehingga meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di TikTok.


Menyemak pada ruangan komen, rata-rata warga maya memahami mengapa jurusolek itu menolak tawaran tersebut.


"RM60 foundation (bedak asas) pun tak lepas awak.


"Saya yang tak pandai bersolek pun tahu beza mana simple dan yang susah.


"elanggan macam ni memang wujud. Sudah selalu terkena. Yang pandai memang akan tahu menilai mekap dan harga MUA dah tetapkan," demikian antara komen netizen.


Tidak terhenti di situ, mStar mendapatkan penjelasan Julie tentang servis dan harga yang dikenakannya.


Menurut Julie, harga yang ditetapkan adalah berdasarkan pengalamannya yang sudah berkecimpung selama enam tahun dalam bidang solekan.


"Mekap sanding biasanya saya caj RM300 saja. Kalau macam yang bakal pelanggan saya minta tu saya ambil sekitar RM350 hingga RM400.


"Kadar harga sebenarnya berdasarkan pengalaman MUA tu juga. Upahlah MUA ikut bajet kita. Kalau ada bajet lebih boleh buat permintaan lebih," ujarnya menitipkan pesanan.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 11:07 AM | Show all posts
xberat nak simple
tepek pix mekap mcm clown
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:12 AM | Show all posts
klu dah simple, sendiri boleh buat kot. p la carik kt YT ke atau apa2 medsoc yg ada. atau upah jurusolek yg biasa2, bkn pro, maybe yg buat part-time, pastu mekap tu sendiri punya, dia tlg solek je. mgkn boleh kot upah solek rm60. tp mesti ada caj transport lg kan? haih, mmg x cukup ler rm60 tu nk pakai jurusolek waima yg amatur
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyampah betul ak ngn org yg nk cantik tp nk byr murah... Pastu nk org puji.. Cantiknya ko.. Mcm kajol... Puiii...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedak mua tu jer dah rega ratus2 daaa. Belum masuk kelengkapan lain lagi. Nak murah sendiri ler mekap [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kagum dgn wanita2 yg sanggup hire mua utk dinner or private event. Majlis tunang & kawen tu mmg biasa hire mua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 12:37 PM | Show all posts
Amat disayangkan bahawa standar kecantikan yang sudah amat terkenal mendonia KUALAWOOD X diketahui oleh pelanggan itu ...

Padahal sudah banyak artis-artis besar dunia mulai dari Marlyn Monroe, Julia Robert, Angelie Joli, Sharon Stone, Rosmah Razak, Kajol, Nurhaliza  dan banyak lagi artis Hollywood dan Bollywood memakai make up standar Kualawood ini ...

MUngkinpihak kerajaan perlu membuat propaganda-ptopaganda besar-besaran ke seluruh dunia betapa haibatnya hal iini ... Kualawood adalah pusat industri hiburan terbesar dan terbaik di dunia ..... The Bst No 1
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali mua buat pakej siap2 laa bitau aja takda pakej rega rm60
Pakej serendah rm150 dan ke atas
Jd takda la pelanggan tu mandai2 nk bg rate sendiri plak.

Maaf yaa sis takda pakej RM60

Lebih mudah mua buat siap2 portfolio ka catalog bergambar dan hrga lengkap.

Merepek betul yg nak mekap rm60 ni dr 20 thn lepas lagi tak penah jumpa mekap rm50 ke apa semua rm100 dan keatas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 06:09 PM | Show all posts
Mahalnya RM60

Boleh makan McD 4 x

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 06:13 PM | Show all posts
shida81 replied at 16-1-2024 11:13 AM
Menyampah betul ak ngn org yg nk cantik tp nk byr murah... Pastu nk org puji.. Cantiknya ko.. Mcm ka ...

sekali imbas wa baca cantik nya cam kojol hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 06:19 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-1-2024 06:09 PM
Mahalnya RM60

Boleh makan McD 4 x

errmm mahal kan?

kita jantan kalo ada dinner pakai natural beauty je, cuma kadang2 rasa nak ensem lebih, beli la gel rambut jenama elizabeth kt 99,rm 5 kasi nampak kilat dan sikat rapi.. cukur sikit dgn pisau gillete rm2.80 , atau kalo rambut panjang sgt, potong rambut kt barber, rm12-rm20,  dah rasa ensem hahaha , jd cost utk lelaki makeup lebih kurang rm20 je, itu pn tak abis gel elizabeth tu boleh pakai smpai next dinner wkakaka...kalo tak kering la
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 16-1-2024 06:19 PM
errmm mahal kan?

kita jantan kalo ada dinner pakai natural beauty je, cuma kadang2 rasa nak ense ...

Dulu2 boleh guna point ni. Skrg xdelah. Org lelaki skrg dah pandai melawa. Baju pon ikut tema siap ada touch up touch up juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 06:54 PM | Show all posts
salimrock replied at 16-1-2024 06:19 PM
errmm mahal kan?

kita jantan kalo ada dinner pakai natural beauty je, cuma kadang2 rasa nak ense ...

Tu la pasal. Pompuan ni nak melawa nak pickup siapa sebenarnya. Kalau dalam animal kingdom, jantan yang kena cantik nak pikat betina. Sib baik kita ni bukan dalam animal kingdom, guna pickup line ja

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Seumur hidup aku x pernah mendapat khidmat jurusolek...kawin pun aku mekap diri aku sendiri..haha mmg x lawa langsung
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
15 tahun lepas, harga makeup untuk dinner yang mua iols charge dalam RM300++. i guna mua yang juma ting tong selalu guna dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:37 PM | Show all posts
kalau dah tau mahal belajar makeup sendiri jerlah. tak rugi sebab selalu nak pakaikan. kau nak orang makeupkan maka kena bayar dan bayaran ini peniagalah yang minta.

... tetapi sebenarnya bagi aku tak ada masalah pun kes di atas. orang tu cuma tawar menawar. perkara biasa. sepatutnya kalau dah orang tu cuma sangup bayar 60, tukang makeup tu terangkanlah makeup mcm mana yang harga 60. benda mcm ni tak perlu viral. tak ada isu... tukang makeup ini ada perangai bbnu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tul cerita rekaan untuk viral,strategi marketing.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
60 ringek tu ko da blh beli set alat2 mekap sdiri di kedai eco.pastu ko asah je skil mekap tu di youtube ke tiktok, ada yg ajar guna mekap murahan je tp hasil tak kepam...selamat mencubaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 17-1-2024 07:31 AM
Suchi replied at 16-1-2024 12:40 PM
Lain kali mua buat pakej siap2 laa bitau aja takda pakej rega rm60
Pakej serendah rm150 dan ke atas
...


Mmg ada pakej makeup bajet serendah rm50 tp uols tau lah makeup yg simple dan tak tahan lama mcm makeup mahal tu... Yg boleh tahan lebih 8 jam..muka x berminyak, makeup x rosak (x crack)...kekal elok... Tp tu lah mmg ada manusia2 yg xde duit tp nafsu kayangan.. Iols tau sbb ada mua yg cerita... Brg2 makeup bkn semua murah dan kerap kena topup... Kalo tgk brg2 makeup dia punya lah byk, mcm penuh satu cabin luggage tu... Dan makeup org kena berdiri sejam atau lebih ikut jenis makeup... So kena respek jgklah keja org lain... Diorg bg makeup bajet sbb nk bg chances utk org x berduit nk nampak cantik..bg iols diorg bg pilihan... Ni mua pun dh explain makeup mcm mana tp mmg ada pelanggan x fhm bahasa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 16-1-2024 07:37 PM
kalau dah tau mahal belajar makeup sendiri jerlah. tak rugi sebab selalu nak pakaikan. kau nak orang ...

Kan dia dh terangkan makeup berharga rm60 x boleh dpt mcm makeup bollywood tu... Tp customer tu merayu2 jgk..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.076143 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list