KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok dan lusa.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak khususnya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga Ahad ini,” katanya.
Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.- BERNAMA
|