CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24502|Reply: 14

[Tempatan] Revolusi terkini, jualan EV negara memberangsangkan

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-1-2024 04:17 AM

Kuala Lumpur: Lonjakan ketara jualan kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) kepada hampir 70 peratus pada 2023, dijangka meningkatkan tahap penggunaannya tahun ini.

Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Syahril Hanafiah berkata, jualan xEV mencecah 38,055 unit atau sekitar 5.0 peratus tahun lalu dan dijangka berlegar pada paras semasa, sebelum membuka laluan kepada lonjakan lebih ketara selepas 2025.

Katanya, jangkaan itu selaras dengan tamatnya tempoh harga lantai RM100,000 untuk EV import sepenuhnya (CBU) dan pengeluar kereta tempatan mula menawarkan model kereta EV mereka sendiri.

"Jualan EV meningkat lebih tiga kali ganda atau 286 peratus tahun ke tahun kepada 10,159 unit tahun lalu dengan membentuk 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) berbanding angka kecil 0.4 peratus pada tahun 2022.

"Menuju ke 2024, kami ramalkan lebih banyak EV akan diguna pakai oleh pengguna jalan raya susulan pelancaran model kereta berharga bawah RM250,000 baru-baru ini seperti Tesla Model 3 dan Model Y, Neta Model V Smart #1," katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam ruang EV, BYD dilihat menerajui penggunaan EV dalam pasaran tempatan apabila ia menguasai 37 peratus daripada pasaran EV tempatan keseluruhan pada 2023, dan pencapaian itu diraih hanya dalam masa sembilan bulan sejak kemasukannya ke pasaran Malaysia.

Industri automotif Malaysia merekodkan pencapaian baharu dari segi prestasi jualan dengan TIV sebanyak 799,731 unit pada 2023.

Jumlah TIV itu juga adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah industri automotif negara, selain rekod kali kedua berturut-turut melebihi 700,000 unit walaupun berdepan pelbagai cabaran luaran dan domestik.

Pencapaian tahun lalu itu adalah peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding jumlah TIV yang direkodkan pada 2022 iaitu sebanyak 721,177 unit.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni maksudnya rakyat Malaysia tak terkesan kenaikan kos sara hidup ka? ramai dh mampu tambah kete letak pastu tambah bini.cm abg Tesla
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:26 AM | Show all posts
ramai beli Audi EV sbb hampir separuh harga dari Audi petrol..

Porsche EV Tayacan kalo x silap RM0.5 juta sajork

mmg cantik mcm Aston Martin

tp sayang seribu kali sayang -> EV

kalo petrol mmg berbaloi beli compare BMW n Mercedes

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:26 AM | Show all posts
ramai pakai BYD

kat area Cheras depa kata dah banyak nampak kat atas jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
X berani nak buat loan keta dlm keadaan ekonomi skrg. Kereta ev kalau nak jual balik pon rege merudum gila. Cost yg mahal nya pada bateri tu. Entah lah. Rasa nak tunggu teknologi bateri kereta ev become better lagi baru minat nak beli kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:43 AM | Show all posts
kereta utk org kaya,harga pun masih utk org kaya,
yg mana duduk rumah flat mmg xkan boleh beli la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2024 01:12 PM | Show all posts
No thanks
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 22-1-2024 04:40 AM
Ni maksudnya rakyat Malaysia tak terkesan kenaikan kos sara hidup ka? ramai dh mampu tambah kete let ...

Yg sangkak acik2 forem… staff cari je….

harga telor naik pun kecoh seminggu cam berok nak beranak kembar siam!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 04:03 PM | Show all posts
Nak tunggu harga EV mampu milik bawah 100k...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Toyota tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:32 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 22-1-2024 06:26 AM
ramai pakai BYD

kat area Cheras depa kata dah banyak nampak kat atas jalanraya

BYD kat Siam dah hada kes terbakor waktu charge


Tunggu masa jah kat tanah ayer ni bakal hada kes terbakor sana terbakor sini, knowing product buatan ummah PRC yg cut corner cut kos compromised safety features sbb nak jual mur mur tu..

Disaster waiting to happen gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:38 PM | Show all posts
antikorok replied at 22-1-2024 06:32 PM
BYD kat Siam dah hada kes terbakor waktu charge

imagine..

sedang syok2 charging byd kat porch umah teres intermediate...

tetiba terbakar n kmdian meletops..

kali berlaku kat Mesia..

trus merudum rege EV
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:41 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 22-1-2024 04:26 PM
Toyota tersenyum sinis {:mlwa ...

sebenarnya...

EV n global climate change ni menipu..

mcm beksin kobid...

tak insap2 walau pun da kena tipu berkali kali

shame on you


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli beli beli. Buatnye tak, ape la nak dibangga. Ade aku tgk kat youtube indon, sejak kerajaan indonesia haram eksport nikel & kobolt utk buat bateri, china dh buat bateri yg x perlu 2 bahan ni utk bateri kerete. Harga 2 bahan dijangka menurun teruk sbb byk supply.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.201540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list