CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21044|Reply: 13

[Tempatan] PAC terkejut pembinaan LCS masih lewat.Anda terkejut?

[Copy link]
Post time 25-1-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kontraktor pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) serta pasukan projek terbabit mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah kelewatan yang masih dilaporkan berlaku.


Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata pendedahan mengenai kelewatan pembinaan itu yang dimaklumkan melalui Prosiding Tindakan Susulan projek terbabit hari ini adalah mengejutkan dan membimbangkan.

Beliau berkata, susulan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi jaminan akan mengambil tindakan segera dalam memastikan isu kelewatan LCS dapat diatasi.

"PAC Parlimen memandang serius isu kelewatan kemajuan pembinaan LCS mililk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan memerlukan pemantauan kemajuan yang teliti serta berkala.

"Jawatankuasa ini, bagaimanapun menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Isham Ishak bahawa kementerian itu akan mengambil tindakan segera dalam memastikan isu kelewatan berkenaan dapat diatasi," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Kemajuan projek pembinaan kapal LCS dimaklumkan kepada PAC hari ini, dalam Prosiding Tindakan Susulan MINDEF terhadap dua syor laporan PAC iaitu berhubung kemajuan projek pembinaan kapal LCS bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 dan Jun hingga September 2023.

Pada masa sama, Mas Ermieyati berkata, tempoh kelewatan pembinaan kapal LCS itu bagaimanapun tidak dapat didedahkan buat masa ini bagi mematuhi Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata, PAC dijangka membentangkan laporan mengenai prosiding hari ini dalam Laporan Tindakan Susulan MINDEF terhadap syor PAC berkaitan kapal LCS dalam sidang Dewan Rakyat, bermula 26 Februari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya jawatankuasa ini juga dimaklumkan bahawa kapal LCS 1 (KD Maharajalela) hanya akan diserahkan kepada TLDM pada Oktober 2026.

"Dalam prosiding berkenaan PAC turut dimaklumkan bahawa ujian diumumkan kepada media sebelum ini, yang dijangka dilaksanakan antara bulan Mei dan Jun ini, adalah ujian peralatan yang perlu dilakukan kontraktor pembinaan.

"Ia perlu dilakukan sebaik kapal berada di atas air bagi memastikan kapal LCS benar-benar bersedia sebelum diserahkan kepada TLDM," katanya.

Selain Isham, turut hadir dalam prosiding itu ialah Ketua Pasukan Projek LCS Laksamana Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard, Kepten (B) Azhar Jumaat.

Sebelum ini, MINDEF diarah membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek itu disempurnakan.

Itu adalah antara lima syor penambahbaikan PAC terhadap Laporan Kemajuan Projek Pembangunan LCS TLDM di bawah MINDEF bagi tempoh Jun hingga September 2023.

Ogos 2022, PAC mendedahkan laporan isu perolehan kapal LCS kepada umum selain menyarankan tujuh langkah termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap dapatan laporan berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Boustead ni ada ker ambik contract buat kapal dari overseas? Nak cari spare part hari tu pun mcm susah. Baik buat kapal kat Batam jer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi geng madanon, so tak perlu nak siasat dah..bapok tua kaki selekk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik... Dah setahun lebih Malaysia diselamatkan oleh PH daripada penyakau BN (yg kemudiannya mereka berdua berkahwin & bersetubuh), takkan la kapal LCS masih liwat eh lewat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak charge LD meh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:35 AM | Show all posts
kau percaya lah lagi bapuk tua tu...  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 11:46 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 25-1-2024 11:35 AM
kau percaya lah lagi bapuk tua tu...

siapa tu uoollsss??? ketinggalan ler iollss...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:48 AM | Show all posts
star_karat replied at 25-1-2024 07:42 AM
Boustead ni ada ker ambik contract buat kapal dari overseas? Nak cari spare part hari tu pun mcm sus ...

hahahahhaa... adakah kerana banyak mulut yang disuap?
sebab itu susah sikit nak kena bongkar???

reveal jer semua...
terima payment pertama berapa?
pembayaran kepada siapa?
kat situ pasti da boleh nampak ler siapa2 aja yang terlibat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 11:53 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 25-1-2024 11:46 AM
siapa tu uoollsss??? ketinggalan ler iollss...

ketua kau laaaa john
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:54 AM | Show all posts

ketua tujahhh pungkok ker?? hahahahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:55 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 25-1-2024 11:54 AM
ketua tujahhh pungkok ker?? hahahahaa...

alaaa malu2 kambing pulaaaa nak ngaku bos
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Opocot!
Terperanjatnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu je la 4 tahun lg nti nuart ada modal kempen pru hentam gomen skrg kaki sakau
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak terkejut ka,nak terkentut ka...madanon tak kesah..janji jadi piem dah berjaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.044224 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list