View: 6961|Reply: 0
|
[Johor]
‘Satu keluarga’ jadi pencuri
[Copy link]
|
|
RAKAMAN video tular mendakwa kejadian mencuri aksesori telefon membabitkan satu keluarga berlaku di bandar Kota Tinggi Johor.
KOTA TINGGI – Tular rakaman video mendakwa kejadian mencuri aksesori telefon membabitkan satu keluarga berlaku di bandar Kota Tinggi di sini.
Video berkenaan dimuat naik di Facebook Khas Penduduk Kota Tinggi sebelum dikesan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, siasatan mendapati video berdurasi 51 saat itu dimuat naik semalam.
“Video berkenaan memaparkan beberapa individu datang menaiki sebuah kereta masuk ke Gadget Station sekitar pukul 7 petang semalam.
“Mereka melakukan perbuatan mencuri di premis tersebut. Polis Kota Tinggi akan menjalankan siasatan berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mana-mana individu atau peniaga di premis terbabit yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/25/satu-keluarga-jadi-pencuri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|