Iskandar Puteri: Seorang peniaga kedai makan berputih mata apabila kerugian sebanyak RM413,522 selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan pelaburan mata wang digital (Bitcoin) melalui laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pengadu yang juga lelaki berusia 56 tahun dan membuat laporan polis pada 21 Januari lalu, mendakwa ditipu selepas menyertai pelaburan berkenaan dan tidak mendapatkan pulangan seperti dijanjikan.
"Pengadu berkata, sekitar November 2023, ketika dia melayari Facebook, dia berminat dengan pelaburan dimaksudkan dan mendaftar melalui pautan yang disediakan.
"Pengadu kemudian berhubung dengan suspek yang dipercayai warga tempatan itu menerusi media sosial terbabit bagi tujuan membuat pembayaran.
|