CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9640|Reply: 0

MotoGP: Morbidelli terselamat insiden ngeri

[Copy link]
Post time 1-2-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode

MORBIDELLI dilapor tidak mengalami kecederaan serius, namun masih dipantau pasukan perubatan di hospital selepas insiden kemalangan itu. - AFP

PORTIMAO – Saingan musim baharu Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) belum pun bermula, namun Franco Morbidelli berdepan episod ngeri apabila terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ujian di Litar Portimao, Portugal kelmarin.

Bekas pelumba Yamaha yang menyertai pasukan Pramac Ducati musim ini dijangka berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu ketika dia akan turun pada ujian pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 6 hingga 8 Februari ini.

Pasukan Pramac dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pelumba Itali itu terlibat dalam kemalangan ngeri ketika menunggang jentera Ducati V4S pada sesi ujian, nmun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, Pramac menegaskan bahawa Morbidelli tetap akan kekal bermalam di Hospital Faro untuk pemantau rapi sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kemalangan yang teruk, Franco (Morbidelli) segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Ujian awal memberi petunjuk yang memberangsangkan tentang keadaan Franco dan beliau sekarang akan dirawat Hospital Faro buat sementara waktu atas sebab keselamatan,” kata pasukan tersebut.

Morbidelli terlibat dalam insiden tersebut di Pusingan 9 Portimao menyebabkan bendera merah dikibarkan sebelum Marc Marquez dan Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing membantu Morbidelli selepas kemalangan tersebut. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... amat-insiden-ngeri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.571291 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list