View: 10499|Reply: 17
|
Gila Baju-T Vintaj Berharga RM10,700, Lelaki Ini Sanggup Beli Kerana Minat
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Keinginan mahu memiliki mendorong Amirul Shazali Azman membeli baju-T vintaj Nike Geisha pada harga RM10,700, dua tahun lalu.
Amirul Shazali, 24, yang menetap di Kampung Parit Jelutong, di sini, berkata, pakaian keluaran 1970-an itu dibeli daripada peniaga baju terpakai ketika sesi siaran langsung di satu platform laman sosial.
Menurutnya, baju-T itu dibeli menggunakan wang simpanan hasil usahanya menjual pakaian terpakai.
"Berat hati juga nak beli kerana harganya bukan murah, tapi kerana teringin sangat jadi saya nekad saja waktu itu.
"Saya bayar menerusi kaedah kiriman wang ke akaun bank dan yakin (untuk beli) kerana tahu penjual itu boleh dipercayai.
"Mereka yang menonton siaran langsung waktu itu juga terkejut, tetapi sebagai penggemar baju vintaj, saya sangat puas dapat memilikinya kerana dalam negara memang ada, tapi tak semua nak menjualnya, jadi bukan semua orang ada," katanya.
Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia masih menyimpan baju-T itu sehingga kini dan belum terfikir menjualnya.
"Buat masa ini, ia masih ada dan mungkin tak dijual tetapi boleh jadi sebaliknya, mana tahu satu hari saya perlukan duit.
"Bukan hanya Nike Geisha kerana saya pernah beli sehelai lagi baju-T berharga RM14,000 yang pernah dijual orang lain dengan harga RM18,000," katanya.
Dalam pada itu, Amirul Shazali berkata, dia kini mencari rezeki dengan menjual pakaian terpakai secara dalam talian dan melakukannya secara sepenuh masa sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat tahun lalu.
Bagaimanapun, perjalanannnya tidak mudah kerana pernah bekerja sebagai tukang kebun di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, selepas tamat persekolahan, kru pembersihan serta mengambil upah mencuci pinggan sebelum menjadi peniaga pakaian terpakai sepenuh masa.
"Sebenarnya, sejak sekolah lagi saya menjual baju terpakai dan asalnya nak cari duit poket.
"Selain itu, ia juga salah satu cara saya merasa (beli baju) kerana dulu nampak orang lain pakai baju mahal, tapi tak ada duit nak beli.
"Lagipun, ayah dulu kerja pemandu bas dengan gaji tak seberapa, jadi nak minta (duit) dengan ayah malu, tapi apabila berniaga, saya dapat pakai (baju) dan pulangan duit hasil jualan," katanya.
Katanya, pada mulanya keluarga tidak memberi galakan, malah ada yang memperlekehkannya dengan mendakwa tidak boleh menjadi kaya raya dengan menjual pakaian terpakai.
"Tapi, syukur (dengan rezeki ini) dapat juga beli kereta, tanah dan kini ada tiga pejabat hasil titik peluh berniaga," katanya yang merancang membuka butik dan membawa ibu bapanya mengerjakan umrah di Tanah Suci, tahun ini.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
buruknya baju kalau aku terjumpa mmg tak reti nak nilai silap2 aku buat kain lap je
|
|
|
|
|
|
|
|
Anything related to Japanese memang mahal.
Sebab Bangsa Jepun ni ada value, ada brand, marketable....sebab tu budaya diorang sangat INFLUENTIAL dan masyarakat dunia boleh APPRECIATE mereka.
Bukan macam Etnik Melayu...jauh beza. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 7-2-2024 07:19 PM
Anything related to Japanese memang mahal.
Sebab Bangsa Jepun ni ada value, ada brand, marketable.. ...
Cari skandal yg melayu plak erk....kohkoh~dasarr |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 7-2-2024 08:18 PM
Cari skandal yg melayu plak erk....kohkoh~dasarr
Memang pun Etnik Melayu value dia tak boleh marketable. Kena buat sesuatu.
Jawa dan Bali lebih marketable dari Melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak caya baju "vintage collection" pasal bundle ni keaslian nya. First of all, ramai gila prg jual baju yg sama claim "original vintage" seluruh dunia pulak tu. Ikut logic la kan, come on lahh mcm mana vintage collection begitu byk stock yg ada. Kalau easily avaiable celah mana vintage dan rarity ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma nak ckp, tak tergamak nak pakai baju bundle yg jual kat malaysia. Mostly sebab hygiene la. |
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, pada mulanya keluarga tidak memberi galakan, malah ada yang memperlekehkannya dengan mendakwa tidak boleh menjadi kaya raya dengan menjual pakaian terpakai.
mentaliti di atas ada pada majoriti bangsa melayu di malaysia, sebab tu melayu sukar berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya collector yg sanggup bayar harga sebegitu. Dia sendiri pun berniaga benda sama jadi tak hairanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg buat hype & naikkan harga ni sesama diorang je. Tengok dia sendiri jual bundle. Nanti bila dia jual, yg beli pun puak2 niaga bundle jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lawa pun tshirt tu???? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 8-2-2024 08:23 AM
nikaido replied at 8-2-2024 07:56 AM
Yg buat hype & naikkan harga ni sesama diorang je. Tengok dia sendiri jual bundle. Nanti bila dia ju ...
Jutawan bundle.. jutawan sampah... aiols ada sedara acah2 jutawan bundle la.. skali ada kebakaran habis musnah kedai bundle heols tu.. pastu bertukar jadi jutawan kosmetik pulak laki bini
Tp aiols syak heols laki bini cuci duit dadah ayah dia... untouchable sbb akrab dgn kerabat... aiols nak borak pasal bisnes dgn dia pun tak sanggup... benak level CELAKA... bodoh sgt.. amende ko bisnes juta2 tp audit acc, management acc, cash flow apa sume tatau???? Tiap2 bulan ko kena tengok kot... tiap2 tahun kena bayar cukai submit audit acc kot???
Cara dia laki bini gebang bisnes adalah tunjuk keta sports, range rover velar je... pehtu bini unboxing handbag dior, chanel.. takde tips bisnes apa2..
|
|
|
|
|
|
|
|
ikutlahkan..
..tp bagi aku tak nak lah aku ada minat kepada benda murah spt kain lap rupanya tapi dinaikkan harga beribu kali semata-mata kerana hype ker, marketing ker, budaya ker..tak berbaloi langsung kerana pasaran nak jual balik tu susah, tak ramai ada minat yg sama
apalagi jika pendapatan itu setakat spt makan gaji 3, 5 ribu sebulan... fikirlah banyak kali klu nak belanja duit spt minat atas kain buruk kerana semata-mata ada orang menggambarkan itu spt emas..
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana theyols ni verify benda tu memang produced and manufactured in the 70s? Nike sendiri yang buat verification? Or sape? |
|
|
|
|
|
|
|
baik beli emas mmg nilai dia diterima semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
hanya jauhari mengenal manikam...
ntah la diorang mgkn mencipta sesuatu yg berharga kot
cth mcm baju2 ciptaan pereka fesyen tu, kalo dibuat oleh pereka fesyen yg ternama jd 15k baju tu, pereka feseyen baru nak up, mgkn 2000, kalo di buat oleh tukang jahit arked mara, mgkn upah dgn kain 300-600 ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu kena buang agama isle jauh jauh, dan naikkan semula budaya dan tradisi lama yang ditelan oleh agama isle dan budaya pak arab..baru boleh ada nilai yang marketable. Ini melayu semakin lama semakin sibuk hendak jadi pak arab celop, padahal pak arab pandang melayu macam sampah aje.
|
|
|
|
|
|
|
|
Neraka Bulan replied at 8-2-2024 08:49 AM
Melayu kena buang agama isle jauh jauh, dan naikkan semula budaya dan tradisi lama yang ditelan ol ...
Islam tu dah tentu lah kan menyebabkan diorang dah tak lagi Authentic dan tak boleh lagi kita Appreciate...ni makanan Melayu pun dah tak authentic.
Contoh kalau pergi Pasar belum tentu boleh jumpa Umbut Kelapa, Batang Pisang untuk Gulai, Terung Asam, Telur Tebu etc.
Kalau sebut belum tentu Melayu sekarang boleh kenal dan tahu nak masak.
Sebab ape, sebab diorang hanya kenal Tomato, Anak Jagung, Kobis, Bunga Kobis, Brokoli dan Carrot je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|