View: 27479|Reply: 13
|
Remaja 15 Tahun Cedera Parah Dibelasah Sekumpulan Lelaki Hanya Kerana Memiliki Wajah ‘Terlalu Kacak’
[Copy link]
|
|
Hanya kerana memiliki rupa paras yang terlalu kacak, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan cedera parah selepas menjadi mangsa pukul samseng.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang 11 Februari lalu, mangsa bernama Mooyong dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince.
Menurut laporan, Mooyong telah diserang ketika dia dalam perjalanan ke kedai gunting rambut bersama empat orang rakannya.
Lima sekawan itu kemudian didekati sekumpulan lelaki yang mengarahkan mereka menghentikan motosikal dan mencabar untuk berlawan.
Kata Mooyong, apabila ditanya mengapa mereka marah, kumpulan gangster yang terdiri daripada remaja lelaki di antara usia 12 dan 16 tahun itu menjawab ia kerana mereka cemburu dengan kekacakan yang dimilikinya.
Dedahnya lagi, kumpulan tersebut mengacukan dua pucuk pistol menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak boleh melawan semula.
Ketika berlaku pergaduhan itu, saah seorang suspek, Bas berusia 16 tahun telah memukul leher Mooyong sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri.
Dia kemudian dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya dan akibat kecederaan itu, Mooyong tidak sedarkan diri selama dua hari.
Menurut penduduk setempat, kumpulan gangster tersebut terdiri daripada lelaki daripada beberapa perkampungan berdekatan di wilayah Sakon Nakhon.
Malah, kata mereka ini bukan kali pertama kumpulan itu melakukan serangan sebegitu dan sebelum ini seorang mangsa pernah ditumbuk sekitar bulan lalu.
Malangnya, tiada penahanan mahu pun tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa malah sehingga kini tiada respon daripada pegawai polis di kawasan tersebut tentang kes ini.
SUMBER : The Thaiger |
|
|
|
|
|
|
|
alaa br nk tengok skit kehenseman tu mcm mne..
gambar kna kabur plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berebut betina sundal je kot |
|
|
|
|
|
|
|
mestila kena kaburkan...
karang ramai porumer2 gi spital tu pukul budak tu sekali lagi....
tak naya....
HAR
|
|
|
|
|
|
|
|
... maka munculah joker dan memburu serta membunuh semua yg membelasahnya dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Nthla..hasanah btl cerita ni. Sbb terlalu kacak? Come onnnn…
[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau iols pun akan serang mana2 yg ada rupa helok
Semak je laa biar semua rupa awam je kat donia ni barulah adil |
|
|
|
|
|
|
|
I sampai google map hospital bandung tu betul ke ada kt Siam.. mmg betul ada rupanya.. mesti muka stock2 pelakon thai ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku masa umur 5y, minggu kedua dekat tadika dia kena cucuk dgn pensil kat tangan, kawan tarik kerusi dia, cubit dia, tolak botol air. Aku tanya kat anak kenapa kawan tu buat macam tu? Dia nangis² cakap " dua org tu buat saya. Dia cakap saya tak hensem". Baru 5y weiiii dah pandai masa tu. Aku tegas cakap kat cikgu, tolong bg warning budak tu. Belum apa² dah pandai jadi pembuli. Jadi lagi, aku akan dtg jumpa budak tu. Nasib berubah budaknya. Anak tunggal org.
Anak aku tu kalau org tgk org akan kata dia ensem. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia not bad jugak lah. Yang buli tu mesti muka macam mangkuk tandas |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la kurex nak serang diri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai.. aku ingat ppuan je yg jeles bila ada ppuan lagi cun dari dia. jantan pn sama ke. Macm2 lah dorg ni.
Anak buah aku ppuan. Time dia msuk keja ditemp baru . Ada kakak2 senior tak nak kwn dgn dia. Risik2 pya risik. Rupanya ada ppuan2 itu jeles dgn kecantikkan anak buah aku. Adeehhh aku cakp . macam2 hal. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik kat yindon. Kalo kat msia mesti anuar Zain Dan Aaron Aziz da kena pukul dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanah bolkiah sangat-sangat cerita ini, kalau bas dah berumur 16 tahun, kenapa pulak Thai Girl Show ada dekat indon? |
|
|
|
|
|
|
| |
|