CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9317|Reply: 5

[Jenayah] Penyokong kuat Najib ditahan, didakwa minta suapan dari pendakwah

[Copy link]
Post time 7-11-2024 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-11-2024 02:16 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyokong kuat Najib Razak bersama dua lagi lelaki kerana disyaki memeras ugut serta meminta suapan daripada mudir sebuah maahad tahfiz yang juga pendakwah bebas.

Menurut sumber, dia dan salah seorang suspek ditahan di sebuah masjid di Bendong, Kedah semalam ketika didakwa mahu mengambil wang pendahuluan sebanyak RM20,000 daripada pendakwah terbabit.

Manakala seorang lagi suspek ditahan di lokasi berasingan pada hari sama.

Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini bagi permohonan perintah tahanan reman.

Perintah reman selama empat hari sehingga 9 November itu dikeluarkan Majistret, Siti Nor Hasliza Md Ali susulan permohonan SPRM.

Aktivitis politik yang aktif di media sosial dalam mengulas isu politik khususnya membabitkan Najib, tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi dengan berpakaian lokap.

Difahamkan aktivis berkenaan didakwa memeras ugut pendakwah terbabit untuk mendapatkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang masih dalam siasatan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 30-an hingga 50-an ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang semalam dalam operasi sekitar Bedong, Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2024 11:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal le pulak. Keluar dulu la sbb nak mengomen pun tak kenal sapa. Malas nak tgk video nampak tak kacak tak menarik hati tiada pemikat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:59 PM | Show all posts
Kenapa perlu sebut penyokong kuat Najib?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Problem betullah dia ni...
Settle lah masalah sendiri ...kau yg cari penyakit nak sebut nama najib buat apa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
i bukan penyokong najib ke siapa

tapi jahat nya org ni. dahla jahat. Pastu nak petik2 nama orang dah kenapa wartawan pun.. kalau tak sebut nama najib berita tak laku ler tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.050567 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list