View: 10048|Reply: 0
|
[Johor]
Anak berhutang, kereta jiran pula dibakar
[Copy link]
|
|
LAU (tengah) mengadu permasalahannya kepada Jalex (kiri) di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau. FOTO Mary Victoria Dass
Johor Bahru: "Kami terkejut apabila along (ceti haram) muncul menuntut SGD7,800 (RM27,739) kerana hutang anak yang sudah 10 tahun terputus hubungan.
"Mereka (along) kemudian sengaja bakar kereta jiran untuk memberi tekanan kepada kami sekeluarga," kata jurukimpal dikenali sebagai Lau, 62.
Menurut Lau, jirannya yang juga seorang tukang perabot di Taman Desa Cemerlang di sini, memaklumkan keretanya terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol pada 4.10 pagi.
Katanya, jirannya itu menerima nota dipercayai ada kaitan dengan anak lelakinya, Liang yang kini di Singapura kerana masalah berhutang dengan ceti haram.
"Apa yang berlaku ini di luar kawalan kami. Saya kesal dengan kejadian berlaku, kami sudah lebih 10 tahun tidak bertemu dengan Liang kerana perselisihan faham.
"Kejadian ini mengganggu ketenteraman jiran yang khuatir dengan keselamatan masing-masing, kami berharap Liang tampil untuk menyelesaikan permasalahan ini," katanya ketika membuat aduan kepada pembantu khas Ahli Parlimen Tebrau, Jalex Lee di sini hari ini.
Sementara itu, jiran Lau dikenali sebagai Seng, 58, berkata, dia bersyukur ahli keluarganya terselamat dalam kejadian itu.
"Kereta Nissan Almera milik keluarga kami terbakar dan mengalami kerosakan pada bahagian belakang hingga ke bumbung.
"Sejak kejadian itu, kami sekeluarga tidak mampu tidur lena. Saya ada menghubungi nombor telefon yang ditinggalkan dan along itu menyatakan akan kembali mengancam," katanya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Sohaimi Ishak mengesahkan menerima laporan kejadian pada 2 Februari lalu dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jiran-pula-dibakar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|