View: 2604|Reply: 0
|
[Johor]
2 pekerja pusat karaoke didenda RM10,000 tinggal lebih masa
[Copy link]
|
|
Phung Thi (kiri) dan Truong Bao masing-masing didenda RM10,000 kerana tinggal lebih masa. - NSTP/ ALIAS ABD RANI
BATU PAHAT: Dua warga asing yang bekerja di sebuah pusat karaoke masing-masing didenda RM10,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini.
Phung Thi Ngoc Phung, 36, warga Vietnam dan Xaibounmy Kham Ek, 29, warga Laos yang masing-masing didakwa mengikut Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.
Mereka didapati memiliki pas lawatan tamat tempoh masing-masing pada September 2023 dan April tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, Phung Thi yang juga ibu tunggal bersama-sama Xaibounmy didakwa tinggal melebihi masa ditetapkan di sebuah pusat karaoke di Jalan Kundang 1, Taman Bukit Pasir, di sini, pada jam 1.30 pagi, 8 Februari lalu.
Di mahkamah sama, tiga lagi warga asing masing-masing didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah menyalahgunakan permit kerja serta tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ketika memasuki negara ini.
Mereka ialah Billal, 41, yang didakwa mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat-syarat pas dikeluarkan kepadanya, manakala Ngwe Toe Aung, 28, dan Truong Bao Tran, 32, didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah.
Ketiga-tiga mereka mengaku salah dan denda antara RM900 hingga RM2,000 serta hukuman penjara jika gagal membayarnya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala semua tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tinggal-lebih-masa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|