View: 1595|Reply: 0
|
[Johor]
Restoran makanan segera ditutup 14 hari kerana kotor
[Copy link]
|
|
GAMBAR tular di media sosial notis perintah penutupan terhadap restoran makanan segera dalam sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam. FOTO tular
Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan sebuah restoran makanan segera di Bandar Seri Alam, Masai, di sini, diberikan notis perintah penutupan selama 14 hari berikutan keadaan premis yang kotor serta pekerja yang tidak menghadiri kursus pengendalian makanan.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@ahmad berkata, tindakan itu dibuat selepas pihak JKNJ membuat pemeriksaan terhadap premis makanan itu pada 22 Februari lalu.
"Hasil pemeriksaan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mendapati kebersihan premis berkenaan dalam keadaan kotor dan tidak memuaskan.
"Selain itu, majoriti pekerja tidak dapat menunjukkan bukti hadir Kursus Pengendali Makanan yang bersih dan selamat.
"Ini menjadi antara punca kebersihan premis diabaikan dan kita memberi arahan penutupan selama 14 hari bagi pihak pengusaha membuat kerja pembersihan segera dan semua pekerja juga diwajibkan hadir Kursus Pengendali Makanan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial satu notis perintah penutupan terhadap restoran makanan segera dalam sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam yang tertera tarikh penutupan bermula 22 Februari lalu hingga 7 Mac depan.
Pada masa sama, Dr Mohtar berkata, JKNJ memberi amaran kepada semua pengusaha premis makanan supaya patuh kepada peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983.
"Kegagalan mematuhi peraturan dan akta ini boleh dikenakan arahan penutupan premis dan denda sejajar dengan peruntukan di bawah Akta Makanan 1983," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 4-hari-kerana-kotor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|