View: 10064|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Generasi baharu Rohingya gemar buat masalah, samseng
[Copy link]
|
|
Harun Rasyid ketika ditemui pada tinjauan komuniti etnik Rohingya di Taman Jujur, Sikamat. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Kegelisahan penduduk di Taman Jujur, Sikamat, di sini, berhubung kebanjiran etnik Rohingya turut berpunca kelompok pendatang warga asing yang baru tiba di negara ini dan menetap di kawasan itu.
Generasi baharu itu dikatakan tidak sensitif dengan budaya tempatan selain menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk setempat hingga menyebabkan semua etnik di kawasan itu terpalit.
Penduduk tempatan yang mahu dikenali sebagai Zul, 50-an berkata, segelintir etnik Rohingya yang baru menjejakkan kaki ke negara ini gemar membuat perangai tidak senonoh.
"Di sini ada warga Rohingya yang sudah menetap lama. Namun ramai penghuni generasi baru yang tidak sensitif dan memahami budaya masyarakat setempat.
"Ada yang baik, ada yang nakal, kita tidak boleh nak hukum semua. Bagi saya tiada masalah jika tidak ganggu penduduk setempat dan hormat budaya sini," katanya semalam.
Terdahulu akhbar ini melaporkan kawasan taman itu yang mendapat jolokan 'Kampung Rohingya' atau 'Kampung Burma' digempur pihak berkuasa kelmarin.
Difahamkan, sudah terdapat tiga generasi etnik Rohingya yang menetap di kawasan itu sekali gus kebanjiran mereka membuatkan penduduk tempatan keresahan terutama membabitkan keselamatan.
Peniaga, Halimah Ibrahim, 25, berkata, bermula 2012, jumlah etnik Rohingya yang tinggal di taman perumahan itu semakin meningkat dan kemuncaknya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
"Ada yang sudah lama menetap di sini antara 10 ke 20 tahun dan kelompok ini dilihat memahami budaya setempat serta tahu undang-undang. Namun, kumpulan yang baru tiba ini yang buat perangai.
"Ada yang menunggang motosikal laju, melepak beramai-ramai dan meludah merata. Keadaan ini menyebabkan penduduk tidak selesa," katanya.
Perkara sama turut diakui Ketua Komuniti Rohingya Taman Jujur, Harun Rasyid Md Habib, 51, yang mana banyak membantu dan menasihatkan etnik berkenaan supaya menghormati undang-undang negara ini.
"Di Taman Jujur ini sebelum ini tiada masalah jika dibandingkan dengan negeri lain. Saya jaga mereka, jika ada yang buat masalah atau langgar undang-undang, saya sendiri akan laporkan kepada polis.
"Bagi memastikan mereka ini lebih berpelajaran, ada ilmu agama, kami ada buat kelas tuisyen dan bina surau sendiri. Namun saya akui memang ada nakal dan buat masalah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uat-masalah-samseng |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|