CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7052|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Beberapa enakmen berkaitan Islam di N. Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO BERNAMA

PORT DICKSON: Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda, titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Baginda bertitah, ia membabitkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2024, dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan).

"Semua inisiatif ini dijangka dapat memantapkan lagi pentadbiran agama Islam di negeri ini dengan memperbesarkan skop dan bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta memudahkan agensi itu lebih proaktif dalam memulakan inisiatif baharu," titah baginda pada Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, selain dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dan Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.



Dalam pada itu, Tuanku Muhriz bertitah, bagi mencapai tahap negara maju, keutamaan perlu diberikan kepada Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedang giat diperluaskan.

Titah baginda, program pendidikan berkenaan penting dalam usaha menghasilkan tenaga kerja yang diperlukan industri bagi kemajuan negara.

"Beta difahamkan, MAINS menjalinkan kerjasama program TVET dengan beberapa institusi pendidikan bagi anak-anak asnaf, dalam bidang kemahiran seperti kimpalan, mekatronik, penyaman udara dan pengudaraan mekanikal.

"Peranan MAINS dalam menggalakkan pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan bidang diperlukan bagi memajukan masyarakat Islam, amat dialu-alukan," titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah, MAINS turut menggantikan sistem pinjaman kepada biasiswa penuh pada tahun lalu yang dapat memanfaatkan 41 pelajar dengan membabitkan kos berjumlah hampir RM1 juta.

Seterusnya, baginda bertitah, MAINS telah membiayai penyelidikan dijalankan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus program bertujuan membangunkan masyarakat Islam di negeri ini.

"Sebagai contoh, pembiayaan telah diberikan untuk Kajian Had Kifayah atau Kadar Keperluan Asas Minimum berdasarkan kos sara hidup kini. Hasil kajian ini membantu menentukan kelayakan bantuan yang perlu diberikan kepada golongan asnaf," titah baginda.

Baginda bertitah, MAINS juga giat melahirkan usahawan dalam kalangan asnaf agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan, melalui aktiviti sosioekonomi diusahakan seperti projek ternak ayam kampung, projek madu kelulut dan kursus latihan urutan badan melalui program Usahawan MyBeedan.

Sementara itu, Tuanku Muhriz bertitah, tugas memelihara dan menegakkan syiar Islam memerlukan usaha kolektif daripada semua pemimpin negeri serta Persekutuan yang berperanan dalam menyantuni dan membangunkan umat Islam di negeri ini.

"Terapkanlah nilai-nilai kasih sayang, muhibah dan toleransi dalam perhubungan, serta hindarilah persengketaan yang merugikan agama dan bangsa. Semua pihak perlu memelihara keharmonian, menghormati perbezaan, menghargai persamaan dan mencintai kedamaian antara kaum," titah baginda.

Tuanku Muhriz turut mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada Ramadan yang bakal tiba, serta berkenan mendoakan hasrat rakyat Palestin menubuhkan negara yang bebas dan merdeka menjadi kenyataan. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... akan-dipinda-tuanku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.294927 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list