CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5421|Reply: 8

Setanding Duduk Di KL, Ejen Takaful Dakwa Pendapatan Perlu RM20K Jika Tinggal Di Pulau Pinang?

[Copy link]
Post time 12-3-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode




Seperti diketahui ramai, kos sara hidup di Kuala Lumpur boleh dikatakan selalu menjadi perbincangan para netizen susulan peningkatan yang terlalu mendadak dan berbeza dengan kos sara hidup di luar bandar.


Bagaimanapun, seorang wanita di TikTok ini mempunyai pandangan berbeza apabila dia memberitahu penduduk di Pulau Pinang perlu memiliki pendapatan lebih RM20,000 jika hendak hidup selesa dan menetap disana.


Wanita tersebut menyeneraikan beberapa hal kenapa perlu memiliki pendapatan sebanyak itu seperti rumah, dua buah kereta, utiliti, petrol, yuran sekolah anak, kelas tambahan, balik kampung, beri wang kepada ibu bapa dan juga hiburan di hujung minggu.





"Tak boleh makan gaji saja, jadi ejen takaful"


Ketika dipersoal bagaimana mahu mendapat pendapat sebanyak itu, wanita terbabit berkata tidak boleh hanya makan gaji tetapi perlu juga menjadi ejen takaful supaya raih pendapatan tanpa batasan.


Sememangnya perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana pendapatan ‘selesa’ yang dikatakan oleh wanita terbabit cecah puluhan ribu ringgit.








Malah, ada juga yang berkata tidak perlu mempunyai pendapatan ribuan ringgit untuk hidup selesa di Pulau Pinang tetapi ada juga yang bersetuju dengan wanita itu kerana jika ingin hidup selesa, maka RM20,000 adalah jumlah yang tepat.


SUMBER : TikTok/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 11:47 AM | Show all posts
keyword dia "SELESA". benda tu subjektif. ada org rasa seksa jd kaya sgt sbb takut kena soal dlm kubur duit tu guna buat apa atas dunia ni. ada org boleh jer balance dunia vs akhirat. terpulang pd pndgan masing2 bg meols. tp 20k tu is just too much when some can barely afford the minimum salary.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 11:50 AM | Show all posts
Tu content nak carik agen takaful bawah dia la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:39 PM | Show all posts
Nak RM20,000 sebulan kena jadi ejen Takaful?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 12:46 PM | Show all posts
jadi tiktokers je lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:24 PM | Show all posts
Meoolss setuju, kalau nak hidup selesa kat negeri mana pun RM20k lebih dari cukup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai baju shopee, shein je... tp nyembang gaji 20-30k ... urghhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sembang je lebih..
kt tiktok jgn dok percaya la
realitinya tengok sdri ramai yg gaji minimum je pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
20k kan dia kata gaji combined laki bini. Actually  amount ni agak reasonable je for both laki bini yg executive level
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.116536 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list