Post Last Edit by Nina_Carina at 9-3-2011 20:20
Aku cuba untuk belajar, Untuk tidak membenci,memberontak, Tapi aku tidak dapat menuruti nasihat aku sendiri, Apabila diri penuh dengan kebencian... Kau perlahan2 merampas semangat aku, Walaupun sesetengah orang berkata ‘ini adalah takdirmu’, Semua kata2 itu, tidak sesekali dapat menghentikan aku, Dari terus membencimu,selamanya... Ya,aku membencimu,kanser... Tiada apa yg dapat menandingi kebencian aku padamu, Aku terlalu banyak menangis,mata aku sudah kekeringan, Airmata ini,hampir tiada lagi...
Seandainya aku berseorangan mampu melawanmu, Kemarahan aku sendiri diwaktu ini sudah dapat membunuhmu, Akan aku langgar kau rebah ke tanah, Sehingga kau menjerit ‘aku mengalah padamu’... Jika kau sepohon pokok yg rendang, Akan aku cantas kau dari dahan ke dahan, Sehingga kau bersumpah akan menghentikan, Segala kesakitan yg telah kau berikan padaku...
Siapa beri kau hak? Siapa beri kau kuasa?
Kau fikir kau siapa? Kau tidak ada perasaan dan belas kasihan, Kau telah parutkan banyak nyawa.... Kaulah penyebab segala penderitaan kami...
Kalaulah aku seorang scientist, Akan aku beri sepenuh tumpuan,dalam mencari penawar, Untuk kematianmu kanser... Kerana dirimu sangat kejam... Kau tidak menyayangi,tetapi kau menghancuri, Kau gembira di atas kesedihan orang lain....
Kau selamanya adalah musuh ketatku... Sebelum kau membunuh aku, Ada sesuatu yg perlu kau tahu, Aku tidak akan sesekali, Menjatuhkan semangat aku keranamu, Andainya kau ada rupa, Akan aku renung tajam ke dalam matamu, Dan akan aku nak kau tahu, “I AM NOT AFRAID TO DIE!!!! Dear all friends, i am suffering from cancer,please pray for my good health...i am very lucky because all my doctors are very kind,my family always give me a lot of supports,i've got cancer while i was still young,still studying in secondary school, i am fighting because i love people around me,but how about others cancer patient out there?? Please fight as much as u can... aku tidak sanggup untuk mendengar tentang kematian pesakit kanser lagi...tolonglah...sedapkanlah hatiku yang penuh dengan penderitaan ini dengan kemenangan kalian.... update 9/3/11...tlgla jgn promote apa2 supplement kat saya lg....saya menulis bukan untuk mencari mana supplement yg bagus2....penulisan saya adalah untuk kepuasan saya sendiri...duit saya dah terlalu banyak saya laburkan untuk membeli supplement sebelum ini....cukuplah stakat itu....harap faham.... |